ZTE Malaysia lancar Axon Elite dengan pengimbas retina

Share Button

ZTE merupakan salahsatu pengeluar utama produk telekomunikasi untuk perusahaan. Tetapi ia juga mengeluarkan produk untuk pengguna, seperti telefon pintar berasaskan Android. Mungkin ia kurang dikenali di Malaysia kerana kurangnya promosi. Hari ini, ZTE Malaysia melancarkan empat telefon pintar baru untuk pasaran Malaysia.

Telefon pintar terhebat mereka yang diperkenalkan hari ini, ialah ZTE Axon Elite. Ia pertama kali diperkenalkan di pameran IFA 2015 di Berlin, Jerman bulan lepas. Ia tiba di Malaysia sebelum dilancarkan di Thailand, Singapura dan Hong Kong kemudian.

ZTE Axon Elite - COVER

Apa yang menarik pada Axon Elite, antaranya ialah 3 cara pengesahan biometrik padanya. Axon Elite boleh menggunakan pengesahan biometrik dengan capjari, kawalan suara dan juga retina mata yang dipanggil EyePrint ID.

ZTE Axon Elite - EyePrint ID

ZTE Axon Elite menggunakan CPU Qualcomm Snapdragon 810, 8-teras 2.0GHz bersama 3GB LPDDR4 RAM. Storan dalamannya sebesar 32GB, dan boleh diluaskan dengan tambahan kad mikroSD. Ia menyokong dwi-sim 4G LTE, dengan slot kedua berkongsi tempat dengan kad mikroSD.

Kamera belakang Axon Elite mempunyai dua lensa. Lensa utamanya mempunyai sensor 13MP dengan apertur F1.8. Lensa kedua digunakan untuk merakam kedalaman berbeza, untuk menghasilkan efek bokeh. Ia dipadankan dengan dwi-tona LED FLash dan mampu merakam video 4K. Kamera depan pula 5MP dengan sudut lebar.

ZTE Axon Elite - 2 kamera belakang 2 led flash dan pengimbas capjari

Skrin Axon Elite sebesar 5.5-inci, menggunakan paparan IPS dengan resolusi HD Penuh 1920×1080. Ia diperteguh dengan kaca Corning Gorilla Glass yang melengkung 2.5D di tepi dan anti-mikrobial. Kapasiti baterinya sebesar 3,000mAh dan datang dengan fungsi QuickCharge dari Qualcomm.

ZTE Axon Elite menjalankan Android Lollipop 5.0.2 dengan antaramuka ZTE MiFavor UI 3.2. Ia datang dalam satu warna sahaja, iaitu Emas Ion. Axon Elite akan mula dijual di Malaysia sekitar pertengahan Oktober 2015, dengan harga RM1,999 termasuk GST.

ZTE Axon Elite - harga termasuk Blade A610 Blade V6 Nubia Z9 Mini

Sementara itu, telefon pintar ZTE yang turut sama muncul di majlis pelancaran ini ialah Blade A610, Blade V6 dan Nubia Z9 Mini. Blade A610 dan Blade V6 berkongsi beberapa spesifikasi, seperti CPU Mediatek 64-bit MTK6735 4-teras 1.3GHz, skrin 5-inci HD 1280×720. Ia juga mempunyai kamera belakang 13MP serta menyokong rangkaian 4G LTE.

Dari segi perbezaan, Blade A610 mempunyai RAM 1GB bersama storan 8GB, serta bateri 2,400mAh. Kamera depannya 8MP dan menjalankan Android 5.1 Lollipop bersama ZTE MiFavor UI 3.2. Manakala Blade V6 dibekalkan 2GB RAM dan 16GB storan, tetapi hanya 5MP kamera depan dan 2,200mAh bateri. Blade V6 menjalankan Android 5.0.2 Lollipop bersama ZTE MiFavor UI 3.2.

Manakala Nubia Z9 Mini dikuasakan CPU 64-bit Qualcomm Snapdragon 615, 8-teras 1.5Ghz. Ia datang dengan 2GB RAM DDR3 dan 16GB storan dalaman, yang boleh diluaskan melalui kad mikroSD. Kamera belakangnya 16MP, manakala kamera depan 8MP. Skrin IPSnya sebsar 5-inci dengan resolusi HD Penuh 1080p. Baterinya berkapasiti 2,900mAh dan menjalankan Android 5.0.2 Lollipop bersama Nubia UI 3.0.8.

Ketiga-tiga telefon pintar ini dijangka mula dijual di Malaysia sekitar pertengahan Oktober 2015. Harga yang disyorkan untuk Blade A610 adalah RM639, Blade V6 pula RM839 dan Nubia Z9 Mini RM1,239.

 

ZTE kembali ke Malaysia, dengan pelancaran telefon pintar utama mereka, ZTE Axon Elite. Dijual pada harga RM1,999. Ia dikuasakan CPU Qualcom Snapdragon 810 dengan 3GB RAM, 32GB storan & skrin HD Penuh 5.5-inci.Antara fungsi menarik Axon Elite ni, pengimbas mata atau IRIS. Axon Elite juga ada pengimbas capjari & pengesan suara untuk membuka kunci skrin. Menarik tak?#ZTEMalaysia #ZTEAxonElite #AxonElite #IRISscanner #PengimbasMata

Posted by TheSkop on Monday, September 28, 2015

 

Gambar ZTE Axon Elite

ZTE Axon Elite - depan ZTE Axon Elite - belakang ZTE Axon Elite - bawah ZTE Axon Elite - atas ZTE Axon Elite - kanan ZTE Axon Elite - kiri ZTE Axon Elite - aplikasi kamera

Trackbacks

  1. […] Axon 7 telah dilancarkan di Amerika Syarikat, dan dijual pada harga USD399 (~RM1,605). Tahun lepas, Axon Elite dijual pada harga RM1,999. Kami jangkakan, Axon 7 yang baru ini akan dijual pada harga yang sama, iaitu […]

Apa komen anda?