Yayasan Inovasi Malaysia kongsi pelbagai dialek orang kita

Share Button

Lagu Happy nyanyian Pharrell Williams dalam bahasa Dusun best ke? Nak tau, tengok dulu video daripada Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) yang baru sahaja dimuat naik oleh organisasi itu sempena Hari Malaysia baru-baru ini. Tontonnya di bawah ini.

 

Bukan sahaja bahasa Dusun digunakan, ada Bahasa Jawa, Kirstang, Kantonis dan banyak lagi diucapkan oleh selebriti seperti Farah Fauzana, Nabil Raja Lawak, IM Asyraf, Sazzy Falak dan The Flying Singh demi rasa cinta mereka kepada tanah air.

Anda pandai bercakap menggunakan dialek yang jarang-jarang didengari? Menurut YIM terdapat 138 dialek di Malaysia, dan melalui video ini, yayasan tersebut mahu mengumpulkan lafaz cinta terhadap Malaysia daripada anda semua.

Kami teringin juga nak tahu Bahasa Banjar tu macam mana bunyinya. Kongsikan dialek anda di ruangan komen pada video ‘Happy Malaysia 2015’ ya. Nak tulis kat bawah artikel ni pun boleh juga.

FB Banner YIM

Apa komen anda?