WD lancar My Cloud OS 3 untuk kawalan data lebih peribadi & privasi

Share Button

WD memperkenalkan solusi baru storan keluaran mereka, iaitu sistem operasi My Cloud OS 3 dengan fungsi lebih baik, bersama SDK untuk meningkatkan integrasi storan peribadi My Cloud Mirror. Pembaharuan ini meningkatkan kelajuan pemprosesan dan penggunaan memori yang lebih efisyen berbanding sebelum ini.

WD My Cloud OS 3 menampilkan antaramuka lebih mudah dengan pengalaman penggunaan yang lebih banyak. Ia menawarkan fungsi salinan dan penyelarasan data yang lebih baik untuk storan NAS di awan peribadi, sambil mengekalkan privasi dan kawalan unik kepada storan yang terletak di rumah atau pejabat.

My Cloud OS 3 memberi kawalan berkuasa kepada gambar dan video pengguna, melalui dua antaramuka, MyCloud.com serta aplikasi My Cloud Album. Pengguna boleh akses ke MyCloud.com di mana jua seluruh dunia, menggunakan pelayar web. Manakala aplikasi My Cloud Album, boleh dimuat turut dari Apple Appstore dan Google Playstore pada penghujung September ini.

WD My Cloud OS3 on mobile

Fungsi Sync, adalah fungsi baru pada My Cloud SO3. Ia memastikan data pada pelbagai PC atau laptop, sentiasa selaras pada semua peranti. Ia juga boleh ditetapkan untuk membuat salinan pada telefon pintar atau tablet. OS baru ini turut menyokong Chromebook dan penggunaan Chromecast.

WD turut memperkenalkan SDK dan API untuk pembangun yang berminat, mengintegrasikan WD My Cloud OS 3 pada produk lain. Ia dibina berasaskan platform terbuka Docker. Antara contoh pembangun yang telah menggunakan SDK ini ialah Plex dan Milestone.

Di samping pengumuman OS baru ini, WD juga melancarkan versi terbaru storan peribadi awan My Cloud Mirror. Ia memiliki dua cakera keras yang ditetapkan ke mod Mirror (RAID 1), memastikan salinan data sentiasa dibuat ke storan kedua. Ia didatangkan siap dengan My Cloud OS 3 dengan 512MB RAM dan CPU yang lebih berkuasa.

WD My Cloud Mirror 2015

WD My Cloud OS 3 kini menyokong storan WD seperti My Cloud, My Cloud Mirror, My Cloud Expert Series EX2/EX4, My Cloud Expert Series EX2100/EX4100 dan My Cloud Business Series DL2100/DL4100. Aplikasi mudahalih WD My Cloud pula boleh dimuat turun di Apple Appstore dan Google Playstore. API dan SDK untuk pembangun pula boleh mula didapati pad apenghujung September 2015.

My Cloud Mirror yang baru ini akan dijual pada harga runcit RM1,299 untuk saiz 4TB, RM1,729 untuk 6TB dan RM2,129 untuk 8TB. Ia boleh mula dibeli dari pengedar di seluruh Malaysia pada Oktober 2015.

Trackbacks

  1. […] bulan ini, ke dalam storan rangkaian (NAS) WD My Cloud Business Series, bersama sistem operasi WD My Cloud OS 3. Ia akan berada di dalam sistem WD My Cloud yang lain seperti WD My Cloud Expert Series, di masa […]

Apa komen anda?