WD bersama Milestone bergabung hasilkan sistem pengawasan video

Share Button

WD mengumumkan kerjasama dengan Milestone Systems, yang menghasilkan perisian pengurusan keselamatan video, untuk menyediakan solusi video pengwasan bersama kepada pengguna perniagaan dan juga individu.

Perisian pengawasan Milestone Arcus Surveillance akan dilengkapkan bulan ini, ke dalam storan rangkaian (NAS) WD My Cloud Business Series, bersama sistem operasi WD My Cloud OS 3. Ia akan berada di dalam sistem WD My Cloud yang lain seperti WD My Cloud Expert Series, di masa akan datang.

Milestone Arcus adalah platform pengawasan video, yang direka untuk diterapkan ke dalam perkakas, seperti sistem NAS WD My Cloud. Integarasi Milestone Arcus ke dalam My Cloud OS 3 memberi ruang kepada pengguna untuk menjadikan sistem NAS WD My Cloud mereka kepada sistem rangkaian rakaman video, untuk kegunaan pejabat atau di rumah.

Fungsi Milestone Systems di WD My Cloud Business

Perisian Milestone Arcus Surveillance boleh dimuat turun di WD My Cloud App Store, dan dipasang sehingga ke 16 kamera, dengan dua kamera pertama diberi lesen percuma kepada pengguna produk WD My Cloud Business Series. Lesen tambahan boleh dibeli dari pengedar sah WD.

Dengan menggunakan perisian Milestone Arcus Surveillance, pengguna WD boleh mebuat tetapan yang mudah untuk menambah kamera, melalui antaramuka intuitif, menontonnya dari jarak jauh, serta pelbagai lagi fungsi pengawasan yang terdapat padanya.

Produk WD My Cloud Business Series NAS boleh didapati di seluruh Malaysia melalui pengedar sah WD. Manakala sistem operasi baru WD My Cloud OS 3 akan boleh dikemaskini kepada sistem WD My Cloud NAS pada hujung bulan ini.

WD My Cloud Business Series lineup

Apa komen anda?