Uber meraikan Hari Malaysia dengan #UberRakyat & 63% diskaun

Share Button

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun, dan Uber ingin bersama rakyat Malaysia menyambutnya. Uber telah membantu ribuan penduduk Kuala Lumpur mendapatkan perkhidmatan pengangkutan yang selamat dan dipercayai. Ini adalah salah satu pilihan yang disediakan Uber kepada semua.

Untuk menyemarakkan lagi sambutan Hari Malaysia nanti, selama 2 hari Uber akan memperkenalkan #UberRakyat, yang menggunakan kenderaan TEKS1M, Proton dan juga Perodua. Pada 16 & 17 September, penduduk Kuala Lumpur boleh menggunakan #UberRakyat untuk melawat tempat bersejarah di sekitar Kuala Lumpur.

TEKS1M Proton Exora sedia beraksi

Untuk menggunakan UberRakyat, hanya lancarkan aplikasi Uber di peranti pintar dan pilih butang Rakyat pada permintaan kenderaan. Uber juga memberikan diskaun sebanyak 63%, ke tempat paling menarik di Malaysia iaitu Menara Berkembar Petronas, tempat penuh kebudayaan seperti Little India, Petaling Street dan Pasar Seni, Taman Tasik Perdana dan KL Sentral, serta paling utama ke Dataran Merdeka.

Sebagai bonus tambahan, Uber juga menyediakan pek yang mengandungi snek dan jajan dulu kala, untuk setiap penumpang #UberRakyat. Jangan lupa untuk mendapatkan khidmat #UberRakyat di Hari Malaysia nanti.

UBER Akleh to KLCC big

Apa komen anda?