Tunggu punya tunggu, itu saja Apple nak umum?

Share Button
  1. image image imageApple memperkenalkan iPhone 6S dan 6S Plus yang tidaklah terlalu berbeza daripada model sebelum ini.

Cuma yang mencuri tumpuan adalah fungsi Force Touch dan resolusi kamera yang dinaik taraf ke 12 megapiksel selain rakaman video 4K.

Dan ia juga mempunyai tambahan warna merah jambu di samping tiga warna lain iaitu hitam, kelabu dan emas.

Ia menggunakan pemproses A9X 64-bit yang khabarnya 70% lebih baik berbanding iPhone 6 dan iPhone 6 Plus. Selain itu, ia menggunakan M9 untuk memudahkan operasi aplikasi seperti Health.
Kamera 12MP tersebut dengan iSight menjadikannya ditambah baik 50% berbanding model telefon lama. Kamera depan pula 5MP tetapi ia ada ciri baru.

Kamera depan mempunyai ciri flash LED yang akan menyediakan TrueTone yang menjadikan tahap kecerahan sehingga 3x.

Manakala fungsj Live Photos pula seakan Vine bagi kamera depan tetapi dengan bentuk GIF.

Kedua-dua telefon ini menyokong 23 LTE sehingga 300mbps di samping wifi 866mbps.

Bila ia akan sampai di Malaysia? Awal November.

Trackbacks

  1. […] 6s dan 6s plus yang baru¬†dilancarkan Apple awal bulan ini, telah mula dijual di beberapa negara terpilih semalam, 25 September 2015. Antara […]

Apa komen anda?