Tujuh rakan CSP baru dilantik Microsoft Malaysia

Share Button

Semakin banyak perniagaan beralih ke sistem berasaskan awan. Untuk menambahkan lagi pelanggan ke sistem awannya, Microsoft Malaysia mengumumkan tujuh rakaniaga, sebagai Penyedia Penyelesaian Awan Microsoft (Cloud Solution Provider – CSP).

Pengumuman yang dibuat di Persidangan Rakan Niaga Microsoft Malaysia di Sunway Convention Center, membariskan tujuh rakaniaga untuk program CSP ini iatu:

  1. Maxis Bhd
  2. Shinjiru Technology Sdn Bhd
  3. SoftwareOne Sdn Bhd
  4. VADS Bhd
  5. Crayon Software Experts Malaysia Sdn Bhd
  6. Ingram Micro Malaysia Sdn Bhd
  7. Rhipe Malaysia Sdn Bhd

Rakaniaga CSP yang dilantik ini boleh membantu pelanggan Microsoft Cloud, menggunakan perkakasan yang dedikasi untuk menguruskan pelbagai keperluan akaun pelanggan. Ia menyediakan penyelesaian terbaik dan terkini, untuk perniagaan di Malaysia mempergunakan sistem di awan.

Program CSP yang pertama kali diperkenalkan di Amerika Syarikat, membolehkan rakaniaga Microsoft mempunyai kawalan penuh kepada akaun pelanggan, apabila menjual servis berasaskan awan Microsoft. Malah, rakaniaga juga mempunyai pilihan untuk menjual pelbagai produk CSP, bersama servis mereka sendiri, dalam satu bil kepada pelanggan.

Antara servis berasaskan awan Microsoft yang tersedia untuk digunakan pelanggan adalah seeprti Office 365, Microsoft Intune dan Enterprise Mobility Suite (EMS). Microsoft Malaysia turut mengumumkan servis Azure dan CRM Online turut ditawarkan untuk pelanggan di Malaysia, menerusi rakaniaga CSP.

Tujuh rakaniaga Microsoft Malaysia Cloud Solutions Provider (CSP)

Di dalam program CSP, terdapat dua model penyelesaian disediakan untuk pelanggan. Tahap-1 untuk rakaniaga yang berurusan terus dengan pelanggan, yang boleh menyediakan sokongan dan bil pengurusan. Rakaniaga ini akan berurusan terus dengan Microsoft.

Tahap-2 pula adalah rakaniaga yang bekerjasama dengan penjual lain untuk menyediakan servis berasaskan awan Microsoft. Mereka akan menggunakan sistem awan rakan pengedar untuk bil, sokongan, dan perkhidmatan nilai tambah.

Azizah Ali (kiri) dan K Raman (kanan) memberi penerangan Microsoft CSPAzizah Ali (kiri) dan K Raman (kanan) dari Microsoft Malaysia memberi penerangan tentang Microsoft CSP

Menurut laporan IDC, 86% perniagaan membuat pembelian produk IT menerusi pengedar, di mana 80% membeli produk dan servis berasaskan awan. IDC menjangkakan, 70% CIO akan beralih ke strategi berasaskan awan menjelang 2016.

Pasaran sistem berasaskan awan dijangkakan mencecah USD200 bilion pada tahun 2018. Microsoft sendiri membelanjakan lebih USD2 bilion setiap tahun untuk operasi rakan pengedar. Di Malaysia sahaja, Microsoft menguruskan lebih 5,000 rakaniaga di seluruh negara.

Untuk mendapatkan lebih maklumat tentang program Microsoft CSP, lawati lamanweb Microsoft Cloud Solution Program.

Apa komen anda?