Tonton League of Legends 2015 World Championship percuma di Astro

Share Button

Peminat permainan video yang kini beralih menjadi ahli sukan elektronik, kini boleh bertambah gembira apabila Astro mengumumkan tayangan pertandingan terunggul, League of Legends (LoL) 2015 World Championship secara percuma. Tayangan ini dibawakan dengan kerjasama Garena, sepanjang perlawanan ini berlangsung.

Pelanggan Astro boleh menonton pertandingan ini secara percuma, menerusi Astro SuperSport Plus (CH808) ataupun menerusi aplikasi Astro on the Go (AOTG). Tayangan percuma selama sebulan ini, bermula dari 1 Oktober sehingga 31 Oktober 2015. Ia akan membawakan pelbagai kandungan dari pertandingan peringkat kumpulan, ulangan perlawanan dan kandungan eksklusif, dalam format HD.

Pertandingan League of Legends 2015 World Championship menampilkan 16 pasukan yang akan beraksi di peringkat kumpulan, yang berasal dari lima liga utama di Amerika Utara, Eropah, Korea Selatan, China, Asia Tenggara dan Taiwan/Hong Kong/Macau.

Pertandingan League of Legends World Championship

Pertandingan peringkat kumpulan akan diadakan di Paris, Perancis. Manakala peringkat suku akhir pula di London, United Kingdom dan separuh akhir di Brussels, Belgium. Pusingan akhir pertandingan ini, yang bakal menyaksikan pemenang membawa pulang wang tunai terkumpul berjumlah USD2 juta (~RM8 juta) serta Piala Summoners, akan diadakan di Berlin, Jerman.

Semua rakyat Malaysia boleh menonton pertandingan ini secara percuma, terus dari aplikasi mudahalih Astro on the Go, yang boleh dimuat turun di Apple Appstore dan Google Play Store, ataupun menerusi pelayar di lamanweb www.astroonthego.com.

Saksikan tayangan pembukaan League of Legends 2015 World Championship secara langsung menerusi Astro, pada hari Khamis, 1 Oktober 2015 jam 10 malam. Untuk jadual penuh perlawanan, sila rujuk di bawah ini.

Jadual League of Legends 2015 World Championship

Trackbacks

  1. […] Astro sejak September tahun lalu, telah melipatgandakan usaha mereka untuk membawakan segmen esukan masuk ke arus perdana. Ia bermula dengan tayangan percuma League of Legends 2015 World Championship. […]

Apa komen anda?