Tonton Astro on the Go di luar talian sekarang

Share Button

Berita baik untuk pengguna Astro On The Go (AOTG). Jika anda merancang untuk pergi ke kawasan yang tidak mempunyai liputan internet, usah risau lagi. Kerana AOTG kini boleh ditonton di luar talian.

Pengguan AOTG kini boleh memuat turun kandungan kegemaran & menontonnya bila-bila masa di mana jua, tanpa memerlukan sambungan internet. Kemaskini terbaru AOTG kini dilengkapi fungsi muat turun, bermula dengan versi Android. Muat turun drama bersiri atau filem yang ingin ditonton, kemudian bawanya ke mana-mana dan tontonnya bila-bila masa.

Langkah muat turun kandungan AOTG

Untuk muat turun kandungan yang diingini, tekan sahaja butang ‘Download Available‘ yang terletak di bawah tajuk. Muat turun berjalan di belakang dan pengguna boleh terus menonton siri lain sementara menunggu muat turun selesai. Apabila muat turun selesai, ia boleh dilihat di dalam ruang Watchlist di dalam aplikasi.

Kemaskini sekarang, AOTG versi Android untuk menggunakan fungsi muat turun terbaru ini. Untuk iOS pula, ia akan menyusul tidak lama lagi. Nantikan kemunculannya.

Apa komen anda?