Switch 11 V dan One 10 sertai barisan laptop pelbagai guna Acer

Share Button

Dua lagi model laptop pelbagai guna Acer, diumumkan tiba di Malaysia. Acer Aspire Switch 11 V yang dikuasakan Intel Core-M, dan Acer One 10 yang mampumilik, kini boleh didapati di Malaysia.

 

Acer Aspire Switch 11 V

Acer Aspire Switch 11 V - belakang

Acer Aspire Switch 11 V adalah laptop 2-dalam-1, yang boleh menjadi tablet apabila dicabut dari ‘Snap Hinge 2’, yang lebih baik berbanding model terdahulu. Snap Hinge 2 yang menggunakan magnet dan tanpa sebarang selak, dilengkapi rekaan yang mudah untuk membentuk Acer Aspire Switch 11 V kepada 4 mod berlainan: laptop, tablet, paparan dan khemah.

Switch 11 V menggunakan penutup metalik moden di luar, dengan kemasan seakan fabrik untuk rupa bersih dan profesional. Ia menggunakan skrin IPS 11.6-inci dengan resolusi HD (1366×768), serta teknologi ‘Zero Air Gap’ untuk paparan seluas 178-darjah.

Skrin ini diperteguhkan dengan kaca Corning Gorilla Glass 3. Acer juga memberi keutamaan kepada mata pengguna, dengan melengkapi teknologi Acer Bluelightshield, yang mengurangkan emisi lampu-biru agar mata tidak cepat penat.

Acer Aspire Switch 11 V dikuasakan CPU Intel Core M-5Y10c, yang tidak memerlukan kipas penyejukan, dan digandingkan bersama 4GB RAM DDR3. Ia menggunakan storan SSD sebesar 60GB. Grafiknya pula digerakkan oleh cip Intel HD Graphics 3000. Baterinya sebesar 4550mAh, dijangka mampu bertahan sehingga 8 jam.

Acer Aspire Switch 11 V mempunyai kamera depan 1MP dan kamera belakang 5MP. Ia menggunakan OS Windows 10 Home 64-bit. Berat tabletnya ialah 770 gram, dan 1.46kg jika disambung ke papankekunci.

Fungsi Acer Switchlock didatangkan bersama untuk melindungi maklumat berharga, jika papankekunci hilang atau dicuri. Untuk sistem bunyi, ia dikuasakan Acer TrueHarmony, yang diperkasakan Dolby Digital Plus Home Theater.

 

Acer One 10

Acer One 10 - belakang

Acer One 10 disasarkan untuk pengguna yang mahu bergerak bebas bersama peranti. Papankekuncinya boleh dicabut untuk mengubah mod laptop ke tablet. Ia juga boleh digunakan dalam 4 mod berbeza: laptop, tablet, paparan dan khemah.

Luaran Acer One 10 menggunakan kemasan metalik untuk rupa yang unik dan elegan. Skrinnya sebesar 10.1-inci, menggunakan paparan IPS beresolusi HD (1280×800). Berat tabletnya hanya 640 gram, dengan 1.19kg jika dipasang bersama papankekunci. Kamera depan dan belakangnya, menggunakan sensor 2MP.

Di dalamnya, ia dikuasakan CPU Intel Atom processor Z3735F, bersama 2GB RAM DDR3. Storannya hanyalah 32GB dan bleh ditambah melalui pembaca kad memori mikroSD. Ia mempunyai bateri 5740mAh, yang boleh menjana kuasa sehingga 8 jam lamanya. Acer One 10 dilengkapi Windows 10 Home 32-bit serta langganan Office 365 Personal selama setahun.

 

Acer Aspire Switch 11 V dijual pada harga RM2,199, manakala Acer One 10 pula berharga RM999. Harga ini termasuk GST. Kedua-dua laptop ini boleh mula didapati dari pengedar sah Acer di seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut, layari Facebook Acer Malaysia atau hubungi talian bebas tol Acer Infonline di nombor 1800-88-1288 (9am-6pm, Isnin hingga Jumaat).

 

Gambar Acer Aspire Switch 11 V

Acer Aspire Switch 11 V - mod tablet dicabut Acer Aspire Switch 11 V - mod paparan Acer Aspire Switch 11 V - mod laptop Acer Aspire Switch 11 V - mod khemah

Gambar Acer One 10

Acer One 10 - mod khemah Acer One 10 - mod laptop Acer One 10 - mod paparan Acer One 10 - mod tablet dicabut Acer One 10 - mod tablet lipat

Apa komen anda?