Spotify makin pandai ambil hati rakyat Malaysia

Share Button

Akhir-akhir ini makin banyak perkhidmatan strim muzik mudah alih diperkenalkan. Di Twitter, Guvera hangat dipromosikan. Sebelum itu, Raku dan Joox diperkenalkan – Raku mengetengahkan stesen radio yang sedia popular dengan peminat muzik tanahair manakala Joox pula menaruh kepercayaan terhadap kurator muzik tempatan untuk menghidangkan cadangan-cadangan lagu yang paling relevan.

Spotify Happy Lah COVER

Spotify antara khidmat strim muzik yang lebih awal tiba di negara ini, namun ia sudah nampak keperluan untuk mengesan minat sebenar rakyat Malaysia. Hari ini Spotify mengumumkan ciri Browse dalam aplikasinya, yang menawarkan playlist baru iaitu Malay Pop, Karaoke, Mandopop, K-Pop dan Cantopop. Playlist baru ini dikatakan akan dipengaruhi genre paling popular dan detik-detik gaya hidup masakini.

Khidmat Spotify untuk peminat muzik tempatan akan turut diperkaya dengan album paling laris, artis serta lagu-lagu baru genre popular. TheSkop mencuba ‘Happy Lah’ yang dibina oleh Spotify Malaysia – di dalamnya ada lagu Yuna!

Spotify Happy Lah

Koleksi playlist lain yang anda boleh cuba: Pop terkini!, Best of Malay Hits, Rock Jiwang dan Top Hits Malaysia. (Nama Rock Jiwang tu agak lemau, mungkin boleh diganti dengan Batu dan Kerikil atau nama lain yang tidak terlalu cliche?)

Dengar sajalah playlist baru ini di www.spotify.com, percuma je.

Apa komen anda?