Silent Mode kembangkan Slurp! dengan pelancaran program penjual

Share Button

Slurp!, sejenis sistem POS menggunakan awan yang dihasilkan oleh Silent Mode Sdn Bhd, kini telah mencecah 100 pelanggan. Sistem POS Slurp! kini digunakan dalam perniagaan runcit makanan dan minuman di sekitar Lembah Klang, Malaysia.

Untuk mengembangkan lagi penggunaan sistem POS Slurp! ke luar Lembah Klang, Silent Mode kini memperkenalkan program pengedar. Program ini tidak terhad di dalam Malaysia sahaja, malah ia akan diperkenalkan di peringkat Asia Tenggara. Pengedar sistem POS Slurp! akan menerima insentif dalam bentuk latihan percuma, bahan sokongan pemasaran percuma, dan bantuan pemasaran dalam dan luar talian.

Menurut Reza Razali, pengasas bersama Slurp!, pencapaian 100 pelanggan dalam masa singkat ini membuktikan komitmen pasukan Slurp! menyediakan perkhidmatan POS yang efisyen. Pelbagai fungsi baru sentiasa ditambah ke dalam sistem Slurp!, termasuk sedia GST. Kini Slurp! mencari rakaniaga di bandar utama seperti Pulau Pinang, Ipoh, Johor Bahru & Kuching. Malah, Slurp! juga mengintai peluang untuk dibawa ke luar Malaysia.

Reza Razali Pengasas bersama SlurpReza Razali Pengasas bersama Slurp

Slurp! dilancarkan untuk pekedai runcit makanan & minuman di Lembah Klang pada Jun 2014. Ia mendapat respon positif dari pekedai kecil dan sederhana. Pemilik perniagaan dilihat semakin selesa menggunakan sistem POS Slurp! berasaskan langganan, dengan data mereka disimpan di awan. Melihat perkembangan ini, Reza yakin dan optimis dengan masa depan sistem POS di awan.

Jika anda berminat dengan sistem Slurp ini, tidak kiralah sebagai pekedai mahupun pelanggan, layari lamanweb mereka di www.getslurp.com dan muat turun aplikasi Slurp di Apple Appstore dan juga Google Play Store untuk mencuba cara memesan makanan generasi akan datang, yang kini telah tersedia melalui Slurp.

 

Apa komen anda?