Set AP iPhone 6s mula dijual di Malaysia dengan harga mampu tengok

Share Button

iPhone 6s dan 6s plus yang baru dilancarkan Apple awal bulan ini, telah mula dijual di beberapa negara terpilih semalam, 25 September 2015. Antara negara gelombang pertama ini ialah Singapura. Mungkin kerana jarak yang dekat ini, menjadikan set AP untuk iPhone 6s dan 6s Plus, juga tiba awal di Malaysia.

Banner iPhone 6s Lazada Malaysia

Dari pengamatan kami, beberapa kedai menjual telefon, telahpun menyenaraikan set AP iPhone 6s dan 6s Plus. Seperti biasa, harganya sedikit mahal dari yang dipaparkan di Store Apple. Malah, harganya juga berbeza mengikut warna, walaupun dengan kapasiti storan yang sama. Sudah pasti, warna Rose Gold paling mahal berbanding warna lain.

Jika anda ingin membeli set AP ini, sila maklum bahawa urusan waranti berkemungkinan besar tidak diterima oleh Apple Malaysia. Anda perlu pergi semula ke kedai di mana pembelian dibuat, untuk urusan waranti.

Mari kita lihat senarai harga iPhone 6s dan 6s Plus yang kami temui hari ini di DirectD, SatuGadget dan juga Lazada Malaysia. Amacam, murah kan? Jom beli. Klik untuk jadual lebih besar.

Harga iPhone 6s set AP

Comments

  1. Kat US harga i6s 16gb usd650. Atau rm2600. Sama harga dengan i6 masa launch. Pastu takde beza harga ikut warna. Kalau nak rose gold pun cuma kena order dan masuk dalam waiting list. Apajadah ini harga mampu dengar? Mahal gila.

Trackbacks

  1. […] kan harga ni? Tak lah melampau sangat macam harga AP Set iPhone 6s dua minggu lepas yang kami bagitau kat sini […]

  2. […] September 2015, dengan Singapura menjadi destinasi paling hampir dengan Malaysia. Sejak tarikh itu, AP set telah mula berkeliaran di pasaran Malaysia, dengan harga yang di luar logik akal manusia […]

Apa komen anda?