Selamat Ulangtahun ke-30 tukang paip Mario

Share Button

Siapa yang tidak kenal watak tukang paip yang melompat untuk mengumpul duit syiling dan cendawan, kemudian memijak musuh sampai penyek. Pada 13 September, permainan kegemaran ramai ciptaan Nintendo yang dihasilkan pada tahun 1985, Super Mario Bros menyambut ulangtahun ke-30.

Nintendo selaku pengeluar permainan Super Mario Bros, menghasilkan laman khas untuk menyambut ulangtahun ke 30 permainan ini. Nintendo memaparkan koleksi video peminat yang bersama menyambut ulangtahun ke 30 Super Mario Bros. Malah, Nintendo turut menghasilkan temuramah khas dengan Shigeru Miyamoto dan Takashi Tezuka, pencipta Super Mario Bros.

Jom main Super Mario Bros 30 tahun

Mario pertama kali muncul di dalam permainan Donkey Kong. Di dalam Super Mario Bros pula, Mario bersama adiknya Luigi berusaha menyelamatkan Puteri Peach dari Kingdom Mushroom, daripada tangan penjahat King Koopa. Pengembaraan Mario diiringi cendawan pembesaran, bunga berapi serta bintang kebal untuk berhadapan bermacam musuh.

Google celebtrate 30 years Super Mario Bros

Selain Nintendo, Google turut menyambut ulangtahun ke-30 Super Mario Bros dengan cara tersendiri. Berbeza dengan cara biasa melalui doodle di muka utama, pengguna perlu menggunakan enjin carian Google dan menaip ‘Super Mario Bros’. Kemudian akan terpapar Wiki di sebelah kanan bersama kotak tanda soal. Kotak ini boleh ditekan seperti Mario mengetuknya untuk mendapatkan syiling, tanpa had. Cubalah.

Terima kasih Mario untuk 30 tahun yang hebat ini. Oh, Donkey Kong juga muncul di dalam filem Pixels, dengan Mario sebagai watak utama penyelamat dunia. Jangan lupa saksikannya juga.

Thank you 30 year Super Mario Bros

 

Apa komen anda?