Sekolah Tun Fatimah juara pertandingan Skrip Video Digi CyberSAFE 2015

Share Button

Digi mengumumkan Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru sebagai pemenang hadiah utama pertandingan Skrip Video Digi CyberSAFE. Pertandingan yang berjalan selama sebulan ini, mengumpulkan idea pelajar Sekolah Menengah tentang keselamatan di internet, untuk dijadikan video berdurasi 5 minit.

Sebagai pemenang hadiah utama, Sekolah Tun Fatimah membawa pulang wang tunai berjumlah RM2,000. Manakala tempat kedua yang dimenangi oleh SMK Bandar Baru Bangi pula membawa pulang wang tunai RM1,000.

Pengumuman pemenang ini dibuat dalam majlis Cybersecurity Malaysia National ICT Security Discourse (NICTSeD), yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini. Dengan kemenangan ini, kedua-dua sekolah akan turut serta dalam penghasilan siri video Digi CyberSAFE, sebagai sebahagian dari hadiah pemenang.

Sekolah Tun Fatimah menghantar video yang menjelaskan tentang isu buli siber dan ugutan siber serta cara untuk pelajar sekolah berhadapan dengannya. Manakala SMK Bandar Baru Bangi membawakan video tentang buli siber.

Program Digi CyberSAFE di Sekolah 2015 adalah salah satu usaha Digi untuk meningkatkan kesedaran pelajar serta guru, tentang kemahiran menjaga keselamatan di internet. Sehingga kini, lebih dari 80,000 pelajar dan lebih 5,000 guru dari lebih 1,000 sekolah seluruh negara, telah mendapat manfaat dari program ini. Digi mensasarkan untuk melibatkan 50,000 lagi pelajar tentang kesedaran keselamatan dalam internet.

Digi CyberSAFE 2015 1st winner Sekolah Tun FatimahJuara Pertandingan Skrip Video Digi CyberSAFE 2015 – Sekolah Tun Fatimah

Digi CyberSAFE 2015 1st runnerup SMK Bandar Baru BangiNaib Juara Pertandingan Skrip Video Digi CyberSAFE 2015 – SMK Bandar Baru Bangi

 

Trackbacks

  1. […] tetapi pada masa itu mereka mencari skrip video terbaik. Sekolah Tun Fatimah dari Johor Bahru berjaya membawa pulang RM […]

Apa komen anda?