Saluran DreamWorks tiba di Malaysia menerusi TM HyppTV

Share Button

Telekom Malaysia kelihatan agresif memasarkan perkhidmatan IPTVnya, HyppTV. Setiap bulan, kelihatan HyppTV akan melancarkan saluran baru dan kali ini, HyppTV memperkenalkan DreamWorks, saluran kanak-kanak dan seisi keluarga terbaharu di Malaysia, edaran DreamWorks Animation SKG, Inc. bersama-sama HBO Asia.

DreamWorks boleh dinikmati di HyppTV saluran 550, dengan tontonan secara PERCUMA bagi pelanggan HyppTV, selama dua bulan bermula 10 September 2015. Malaysia adalah negara kedua di Asia menerima saluran ini, selepas dilancarkan di Thailand pada bulan lepas.

Pelancaran HyppTV Dreamworks HD ch550

Saluran baru DreamWorks ini telah dilancarkan oleh Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif, New Media TM bersama Eric Ellenbogen, Ketua Bersama, International TV & DreamWorks Classics serta Jonathan Spink, Ketua Pegawai Eksekutif, HBO Asia dalam satu majlis eksklusif yang diadakan di Menara Kuala Lumpur. Majlis tersebut turut dihadiri oleh selebriti tempatan seperti Hunny Madu, Afzan Rahman dan si comel, Arissa Afrina. Penampilan karakter-karakter dari DreamWorks iaitu King Julien dan Puss in Boots turut sama memeriahkan majlis ini.

Menurut Jeremy, DreamWorks menawarkan siri animasi bertaraf antarabangsa yang segar buat pelanggan HyppTV. DreamWorks boleh dilanggan secara ala-carte pada harga RM9 sebulan, atau melanggannya menerusi HyppTV Jumbo Pack, yang turut menawarkan kandungan hiburan dan sukan yang menarik pada harga RM60 sebulan tanpa bayaran tambahan untuk Definisi Tinggi (HD).

HyppTV Dreamworks HD ch550 COVERDari kiri: Puss in Boots, Arissa Afrina dan King Julien

Saluran DreamWorks bakal menayangkan siri animasi terkenal seperti All Hail King Julien yang pernah memenangi anugerah Emmy, The Adventures of Puss in Boots yang menampilkan seekor pahlawan kucing bersenjatakan pedang, serta Race to the Edge yang diinspirasikan dari filem How to Train Your Dragon.

Selain itu, terdapat juga karakter terkenal lain seperti Casper the Friendly Ghost dalam siri menariknya, Casper’s Scare School dan siri original Dinotrux, siri pengembaraan prasejarah penuh aksi. Saluran DreamWorks juga akan menayangkan blok-blok prasekolah harian, DreamWorks Junior, yang menampilkan penerbitan semula siri-siri kegemaran seperti Raa Raa The Noisy Lion dan Guess with Jess.

Apa komen anda?