Punca sebenar Android Wear kini boleh pasang di iPhone

Share Button

AndroidWearforiOS

Lebih 4 juta jam pintar Apple Watch kini berjaya dijual Apple (statistik IDC) menjadi penguasaan pasaran secara keseluruhan bagi segmen tersebut dikuasai syarikat Cupertino itu sehingga 75% jauh meninggalkan produk Android Wear.

Disebabkan itulah mungkin antara punca Google kini bersedia memadankan Android Wearnya dengan gajet iPhone 5, 5c, 5s, 6 atau 6 Plus yang beroperasi pada iOS 8.2+.

Sebanyak 600 ribu jam pintar lain beroperasi pada Android Wear di pasaran termasuk produk-produk dari Samsung yang menguasai 7.5% daripada angka tersebut.

Angka tersebut ternyata memberi tamparan kepada Google yang belum berjaya menaikkan segmen jam pintar.

Manakala bagi penyokong iPhone pula, bagi yang tidak berkemampuan membeli Apple Watch yang sememangnya dijual secara premium (produk-produk Apple), ia peluang besar bagi Google menarik mereka membeli produk Android Wear yang ada dijual 3 kali ganda lebih murah.

AndroidWearforiOS2

Apa yang pengguna iPhone perlu lakukan hanyalah dengan memuat turun aplikasi Android Wear yang disediakan di App Store. Beberapa kerja boleh dilakukan iaitu melihat panggilan telefon, mesej, notifikasi, kecergasan (progres harian dan mingguan), mengesan langkah dan kadar degupan jantung.

Pada masa sama, ia juga mencadangkan waktu sesuai untuk anda meninggalkan sesuatu tempat untuk pergi aktiviti lain berdasarkan info trafik semasa atau status penerbangan. Hanya perlu menyebut “Ok Google” dan teruskan bertanya soalan.

Namun pada masa ini, hanya jam pintar jenis LG Urbane Watch saja yang boleh dipadankan diikuti jam pintar Huawei sebelum Google mengemaskininya lagi.

Apa komen anda?