Perbandingan kamera terbaik 10 telefon pintar

Intro

Share Button

Satu persoalan paling banyak ditanyakan apabila mahu membeli telefon pintar, ialah bagaimanakah kualiti gambar yang diambil menggunakan kamera telefon pintar. Malaysia merupakan salah satu negara dengan penggunaan media sosial yang tinggi. Jadi, kamera telefon pintar adalah satu kriteria penting untuk kemudahan mengambil gambar, sekaligus memuat naik ke media sosial dengan pantas.

Kerana itu, kami telah mengumpulkan 10 telefon pintar untuk dibandingkan kameranya, dan mengambil beberapa gambar yang sama. Hasilnya, kita akan bincangkan dan anda turut boleh menilainya sendiri.

Di bawah ini ialah senarai 10 telefon pintar yang terpilih dalam perbandingan ini, bersama resolusi dan apertur kameranya:

  1. Galaxy Note5 – 16MP F1.9
  2. Galaxy S6 edge – 16MP F1.9
  3. iPhone 6 – 8MP F2.2
  4. OnePlus 2 – 13MP F2.0
  5. Sony Xperia M5 – 21.5MP F2.2
  6. Honor 7 – 20MP F2.0
  7. HTC One E9+ – 20MP F2.2
  8. Xiaomi Mi Note – 13MP F2.0
  9. Huawei P8 – 13MP F2.0
  10. LG G4 – 16MP F1.8

Atas kertas, kelihatan Sony Xperia M5, Honor 7 dan HTC One E9+ memiliki kamera hebat dengan kiraan resolusi 20MP ke atas. Tapi megapiksel bukan penentu sebenar kualiti gambar. Sensor terbaru Sony IMX230 dengan autofokus pengesanan fasa (PDAF) yang pantas, digunakan pada Sony Xperia M5 dan Honor 7, menjadikan kedua telefon ini kelihatan terbaik dari segi spesifikasi.

Tak dilupakan juga buat Xiaomi Mi Note, Huawei P8 dan the OnePlus 2 yang mempunyai resolusi 13MP bersama penstabil imej optikal (OIS). Paling utama, iPhone 6 tidak harus ditinggalkan. Ia adalah telefon pilihan ramai dengan penggunaan yang mudah serta respon yang lancar. iPhone 6s tidak termasuk kerana kami tidak memilikinya ketika ujian ini dilakukan.

Susunan telefon pintar yang terlibat, di dalam gambar di bawah ini adalah seperti berikut:
Atas kiri – Huawei P8, HTC One E9+, Honor 7, OnePlus 2, Samsung Galaxy Note5
Bawah kiri – LG G4, Xiaomi Mi Note, Sony Xperia M5, iPhone 6, Samsung Galaxy S6

Perbandingan MEGA 10 kamera telefon pintar - senarai telefon

 

[MUKA 2 – Perbandingan Gambar]

 

Comments

Trackbacks

  1. […] G4 dan Samsung Galaxy Note5 telah terpilih sebagai telefon dengan kamera terbaik pada ujian kamera yang lepas. iPhone 6 pula, menduduki tangga tercorot. Mampukah iPhone 6s Plus yang baru ini menarik minat […]

Apa komen anda?