Penyanyi Shakira terjebak dalam dunia Angry Birds

Share Button

Kalau suaminya Gerard Piqué dan FC Barcelona termasuk ke dunia teknologi gara-gara OPPO, penyanyi Colombia Shakira kini turut terjebak di arena yang sama. Maaf, bukan bola sepak, maksud TheSkop, arena teknologi.

Baru-baru ini Rovio Entertainment Ltd telah mengwar-warkan di laman Google+ mereka bahawa Shakira Bird sedang melawat dunia Angry Birds POP!

Dalam game kasual yang popular ini, Shakira Bird ada kuasa popnya tersendiri, iaitu Love Bubble dan pemain boleh menggunakannya untuk mendapatkan giliran tambahan.

Shakira Angry Birds apps

Namun seperti kemunculan selebriti di dunia nyata, kehadiran Shakira dalam versi Bird ini hanya sebagai artis jemputan sahaja. Jadi anda cuma ada masa yang terhad untuk bermain bersama Shakira Birds di Golden Island.

Jadi walaupun lagu popular Shakira berbunyi ‘Whenever, wherever’, sebenarnya kalau nak berseronok dengan game ini, lebih baik anda guna prinsip Elvis Presley, iaitu ‘Now or Never’.

Cuba game Angry Birds POP edisi Shakira Bird, dengan muat turun di Apple Appstore dan Google Playstore. Eh, ada ke lagi yang suka main Angry Birds?

 

Trackbacks

  1. […] post Penyanyi Shakira terjebak dalam dunia Angry Birds appeared first on […]

Apa komen anda?