Pengalaman kamera mobigrafi lebih menarik dengan Alcatel Flash 2

Share Button

Alcatel OneTouch nampaknya masih kekal di dalam pasaran telefon pintar, apabila melancarkan Alcatel Flash 2, dengan tema warna baru yang dipanggil, Flash Green. Dengan Flash 2, Alcatel OneTouch cuba membawakan pengalaman mengambil gambar serba baru, yang mereka panggil Mobigraphy.

Bermula dengan kamera belakang yang diberi nama gSight, ia menggunakan sensor Samsung ISOCELL 13MP, bersama autofokus pengesanan fasa (PDAF) yang pantas. Kamera ini mempunyai apertur F2.0 dan dwi-tona LED Flash dengan sudut lebar 80-darjah. Alcatel Flash 2 juga datang dengan butang dedikasi kamera, untuk mengambil gambar tanpa perlu menyentuh skrin.

Alcatel Flash 2 - kamera belakang 13MP F2

Kamera depan pula yang digelar Profie Cam, menggunakan sensor OV5648 5MP F2.2, dengan sensor bersaiz 1.4mikron. Kamera depan ini mempunyai autofokus, dengan LED Flash lembut dan sudut lebih lebar 84-darjah. Selfie boleh diambil dengan mudah, dengan menggerakkan tangan dari jauh, ataupun dengan senyuman sahaja.

Alcatel Flash 2 - kamera depan Profie Cam

Rekaan badan Alcatel Flash 2 sedikit melengkung di belakang dan sisi. Ia menggunakan kemasan anti-licin dan tidak meninggalkan kesan, agar bebas dari habuk.

Alcatel Flash 2 datang dengan skrin IPS 5-inci, beresolusi HD 720p dan dilengkapi teknologi paparan Miravision. Ia mempunyai bateri 3,000mAh serta mod penjimatan tenaga untuk bertahan lebih lama.

Alcatel Flash 2 - depan belakang hitam putih

Kuasa dalamanya dijana oleh CPU Mediatek 64-bit, MT6753 8-teras 1.3GHz, yang bergandingan dengan 2GB RAM LPDDR3. Storan dalamannya 16GB & boleh dikembangkan menggunakan kad memori mikroSD. Alcatel Flash 2 menjalankan sistem operasi Android 5.1 Lollipop, dengan antaramuka tulen Android L. Ia juga menyokong dwi-sim 4G LTE.

Alcatel Flash 2 akan mula dijual di Malaysia pada 15 Oktober 2015, eksklusif melalui Lazada. Harganya belum diumumkan, tetapi pra-tempahan di Filipina menunjukkan harganya PHP6,190 (~RM579). Kelihatan agak menarik untuk telefon dengan kamera depan autofokus. Alcatel Flash 2 akan datang dalam dua pilihan warna: Kelabu Gunung Berapi dan Putih Mica.

Alcatel Flash 2 - hitam dan putih

Apa komen anda?