Penantian ketibaan Honor 7 ke Malaysia bakal berakhir

Share Button

Nampaknya, penantian untuk mendapatkan telefon pintar Honor 7 akan berakhir. Facebook Honor Malaysia telah memaparkan gambar bersama tarikh ketibaan Honor 7 ke Malaysia, iaitu pada 21 September. Malah, Honor Malaysia turut membuka laman pendaftaran minat di Vmall. Telefon yang pertama kali dilancarkan di London untuk pasaran antarabangsa ini, kelihatan lebih berbaloi untuk dimiliki berbanding Huawei P8.

Honor 7 yang baru kini datang dengan badan besi, menampilkan rupa yang lebih premium. Ia dilancarkan di Eropah terlebih dahulu, berbanding Asia berkemungkinan untuk menarik lebih banyak minat di sana. Honor juga baru membuka stor dalam talian Vmall.eu, untuk pasaran Eropah.

Honor 7 - Belakang di jalanan London

Honor 7 yang dilancarkan di London, mempunyai skrin HD penuh sebesar 5.2-inci. Kuasanya digerakkan oleh CPU Kirin 935 64-bit, bersama 3GB RAM. Ia mempunyai storan 16GB dan menyokong storan tambahan mikroSD. Dua ruang sim kad dengan sokongan 4G tersedia pada Honor 7.

Kameranya antara terbaik kini, datang dengan sensor 20MP F2.0 di belakang. Kamera depan pula 8MP, yang lengkap dengan LED Flash lembut. Baterinya sebesar 3,100mAh bersama pengecasan pantas, tetapi pengecasnya dijual berasingan. Berat Honor 7 hanya 157 gram dengan ketebalan 8.5mm.

Honor 7 - Depan website COVER

Honor 7 memiliki ciri baru seperti pengimbas capjari, dan butang pintar fizikal untuk pelancaran aplikasi pantas. Ia juga datang dengan fungsi Knuckle Sense yang pertama kali muncul di Huawei P8. Honor 7 menjalankan sistem operas Android 5.1 Lollipop dengan antaramuka EMUI3.1 di atasnya.

Honor Malaysia belum mengumumkan lagi harga, tetapi ia telah membuka pendaftaran minat di lamanweb Vmall. Honor 6 sebelum ini dijual pada harga RM999 pada hari pelancarannya. Tetapi Honor 7 dijangka berharga sekitar RM1200, bergantung kepada kekuatan matawang Ringgit Malaysia. Jika berminat, jangan lupa mendaftar minat anda di laman Vmall.

Saksikan Honor 7 dengan lebih dekat, melalui prebiu eksklusif kami di bawah ini.

 

Apa komen anda?