Pemilik Hentai Muslimah Kena Tahan

Share Button

Mungkin ada yang pernah berkongsi gambar tersebut di Facebook atau menyebarkannya di group Whatsapp tentang animasi online hentai muslimah yang tidak senonoh.

Baru-baru ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah berjaya menahan pemilik laman sesawang yang menjual animasi berunsur lucah tersebut di sebuah lokasi di Subang Jaya, Selangor, pada awal pagi Khamis lalu.

Ketua Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan MCMC, Zulkarnain Mohd Yasin memaklumkan, hasil siasatan mendapati suspek disyaki melukis sendiri animasi berunsur lucah tersebut dan dijual kepada pembeli terutamanya pelajar-pelajar sekolah pada harga semurah RM2.00.

Katanya, lukisan animasi muslimah yang berunsur lucah tersebut adalah bertentangan dengan ajaran agama Islam serta nilai-nilai murni masyarakat Malaysia. Menurut Zulkarnain, semasa operasi, beberapa kelengkapan komunikasi milik suspek telah disita dan rakaman percakapan suspek turut diambil bagi membantu siasatan.

Antara kelengkapan komunikasi yang dirampas termasuk telefon bimbit serta kad sim, ‘pendrive’, ‘external hard drive’, komputer riba, komputer meja dan modem. Operasi serbuan yang dijalankan ke atas suspek itu adalah berdasarkan kepada aduan awam yang diterima berkaitan penggunaan aplikasi internet untuk pemberian kandungan lucah di laman sesawang bagi tujuan komersial.

“MCMC memandang serius mengenai penyalahgunaan perkhidmatan aplikasi dan akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan lunas undang-undang seperti di bawah seksyen 233(2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau hukuman penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Tindakan juga boleh diambil di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang mana hukuman yang diperuntukkan ialah penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. “Orang ramai adalah disarankan untuk sentiasa mengamalkan kawal selia kendiri ketika menggunakan perkhidmatan aplikasi internet. Gunakan Internet secara bijak dan bukannya untuk menjalankan aktiviti yang bersifat negatif,” gesa Zulkarnain.

hentai muslimah

Apa komen anda?