Pascabayar Hero U Mobile tawar panggilan tanpa had dan internet 7GB

Share Button

Persaingan syarikat telekomunikasi nampaknya makin sengit. Tawaran demi tawaran diumumkan yang dilihat, memberi kadar yang semakin rendah kepada pengguna. Terbaru, U Mobile mengumumkan pelan pascabayar Hero, dengan tawaran panggilan tanpa had ke semua talian di Malaysia.

Pelan pascabayar dengan panggilan tanpa had, dipopularkan oleh Maxis menerusi pelan MaxisONE yang baru diumumkan naiktaraf dua minggu lepas. Kelihatan U Mobile membalas tawaran Maxis ini, dengan pelan pascabayar Hero. Dengan komitmen hanya RM70 sebulan, pengguna akan menerima data berkelajuan tinggi sebanyak 7GB dan panggilan tanpa had.

Pascabayar Hero P70 U Mobile

Pelan pascabayar Hero ini sebenarnya adalah pelan pascabayar P70 U Mobile sedia ada. Sebelum ini, pelan P70 ini datang dengan 4.5GB internet dan kuota panggilan terhad. Untuk penggunaan SMS pula, ia kekal dengan caj 3 sen untuk sesama talian U Mobile, dan 8 sen untuk talian tempatan lain.

Bermula dari kini sehingga 31 Disember 2015, pengguna baru boleh mendaftar ke pelan Hero P70 ini untuk menerima 7GB kuota data pantas bersama panggilan tanpa had, selama-lamanya. Bagi pelanggan P70 sedia ada, mereka akan dinaiktaraf secara automatik untuk menerima segala tawaran terbaru ini.

U Mobile sim tambahan

Lebih menarik lagi, U Mobile turut menawarkan perkongsian pelan Hero P70 ini, dengan dua lagi sim kad berbeza. Hanya bayar RM10 untuk setiap sim kad tambahan, dan ia akan boleh berkongsi data 7GB serta panggilan tanpa had pada semua kad sim.

Untuk maklumat lanjut berkenaan pelan pascabayar Hero P70 U Mobile yang baru ini, layari lamanweb Pascabayar U Mobile.

Perbandingan Pelan P70 dengan telko lain

Trackbacks

  1. […] Aduh, perang data mudahalih di Malaysia kini semakin mengganas. Jika panggilan tanpa had dengan data 7GB tidak mencukupi, U Mobile kini menawarkannya dengan 15GB data sebulan, dan komitmen pengguna masih kekal sama, hanya RM70 sebulan. Ia adalah tawaran terbaru U Mobile menerusi pelan pascabayar Hero. […]

  2. […] serangan balas terhadap pelan-pelan pascabayar baru seperti Celcom FiRST Gold, Digi Postpaid 78 dan U Mobile Hero tetapi khas untuk Malaysia Timur sahaja. Kalaulah tawaran ini terbuka untuk Semenanjung Malaysia, […]

  3. […] Mobile telah memperkenalkan pelan pascabayar Hero, memberikan pengguna 7GB data bersama panggilan tanpa had, hanya RM70 sebulan. Tetapi bagaimana […]

  4. […] Mobile baru-baru ini melancarkan pelan Pascabayar Hero P70, dengan panggilan tanpa had ke semua rangkaian, serta 7GB data internet berkelajuan tinggi. Untuk […]

  5. […] pelbagai tawaran pelan antara termurah di Malaysia seperti Pelan Hero P70, yang datang dengan 7GB data & panggilan tanpa had, U Mobile turut aktif menawarkan servis […]

Apa komen anda?