Outsourcing Malaysia lapor Malaysia prospek terbaik untuk GBS

Share Button

Outsourcing Malaysia (OM) baru-baru ini membentangkan laporan Global Business Services Outlook 2015 (Pandangan Servis Perniagaan Global 2015), yang memperlihatkan industri Servis Perniagaan Global (Globas Business Service – GBS) Malaysia, berada di posisi memberansangkan, untuk memasuki pasaran GBS bernilai USD670 bilion.

Laporan yang pertama kali dibentangkan dengan teliti dari pandangan pembeli, dilancarkan bersempena Smart Sourcing Summit 2015, yang dianjurkan sendiri oleh Outsourcing Malaysia. Sidang ini diadakan untuk mempromosi amalan terbaik, kepakaran industri dan pengalaman pakar dari rantau ini.

David Wong - Pengerusi Outsourcing MalaysiaDavid Wong ketika membentangkan laporan Outsourcing Malaysia

David Wong, Pengerusi OM menjelaskan, laporan kali ini dibuat dari pandangan pembeli, untuk memberi pandangan berbeza dari laporan sebelum ini, yang meletakkan Malaysia sebagai salah satu penjual atau penyedia ‘Shared Services & Outsourcing Industry’ (SSO – Servis Perkongsian dan Khidmat Luar). Dengan ini, kita akan mengetahui keperluan pembeli dengan lebih mendalam, untuk meletakkan Malaysia sebagai destinasi utama GBS/SSO.

Malaysia dilihat sebagai lokasi GBS yang menarik dengan penjimatan kos, serta tenaga kerja yang berkemampuan berkhidmat untuk pasaran global. Dengan Ringgit yang semakin lemah, ia dilihat mampu menarik pembeli luar negara untuk melabur dan membeli aset, atau mengambil khidmat pakar tempatan untuk operasi GBS di Malaysia sendiri.

Laporan ini mengumpulkan maklumbalas dari 15 negara, memperlihatkan industri GBS mempunyai pasaran bernilai USD670 bilion pada tahun 2014, dengan APAC (Asia Pasifik) mempunyai 36% pegangan pada USD240 bilion. Dari sini, Malaysia hanya memiliki pegangan kecil sebanyak USD4 bilion sahaja, menunjukkan banyak ruang untuk terus berkembang.

GBS dijangka berkembang secara purata 5% CAGR setahun, dari 2014 ke 2019. Tetapi 4 pasaran, iaitu India, Korea Selatan, Malaysia & Singapura dijangka mencatat CAGR lebih tinggi, sekitar 10-15% untuk 5 tahun akan datang.

Outsourcing Malaysia - tandatangan MoU bersama UKM dan CCAM

Majlis ini turut memperlihatkan, OM Malaysia menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Call Centre Association of Malaysia (CCAM).

Sementara itu, OM Malaysia turut menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Outsourcing Malaysia 2015, sebagai penghargaan dan mengiktiraf sumbangan individu, serta pencapaian syarikat dalam industri. Senarai penerima adalah seperti berikut:

  • Projek BPO Terbaik – i-Talent Management Sdn Bhd
  • Projek ITO Terbaik – Emerio (M) Sdn Bhd
  • Pengurusan Infrastruktur Terbaik – Hitachi Sunway Data Centre Services Sdn Bhd
  • Operasi Servis Perkongsian Terbaik – N2N Global Solutions Sdn Bhd
  • Peneraju Khidmat Luar Terbaik – Dato’ Seri Idris Jala

Apa komen anda?