OPPOxAyda bukan ZulxAyda lagi dah

Share Button

Agaknya sukar nak yakinkan rakyat negara ini yang OPPO bukan produk sembarangan. Tak cukup dengan FC Barcelona dan America’s Next Top Model, kini Ayda Jebat, ratu drama bersiri pukul 7 malam Malaysia pula dipilih, untuk bekerjasama mempromosikan telefon pintar siri R7 di Malaysia.

OPPOxAYDA selfie R7 Plus

Baru-baru ini telefon pintar OPPO R7 Plus menggantikan Zul Ariffin, sebagai teman Ayda dalam klip video ‘Siapa Diriku‘. Yang untung peminat, kerana anda berpeluang memenangi peti hadiah edisi terhad Ayda Jebat, hanya bersenjatakan mata yang cekap.

 

Di laman web khas OPPO Ayda Jebat, peraduan Share and Win Ayda Jebat Limited Gift Box sedang berlangsung, sehingga 30 September 2015.

OPPOxAYDA R7 Plus kamera

Peserta cuma perlu mengira, berapa kali telefon pintar OPPO R7 Plus muncul, di dalam klip video Siapa Diriku. Kongsikan jawapan di Facebook beserta tag @OppoMalaysia dan hashtag #R7Series dan #OPPOxAyda.

Hadiah untuk 15 pemenang ialah kad Touch ‘n Go Ayda Jebat, Selfie Stick dan Powerbank iLIKE Mini Pack.

Hadiah Misteri Oppo Ayda Jebat

Apa komen anda?