OPPO R7 Lite mula dijual di jelajah siri-R7 di MidValley

Share Button

Buat peminat telefon pintar OPPO, anda boleh saksikan sendiri set lengkap telefon pintar siri-R7 yang terdiri dari R7 Lite, R7 dan R7 Plus di pameran jelajah OPPO, yang diadakan di Mid Valley Megamall. Pameran OPPO R7 ini bermula dari 2 September dan berakhir pada 6 September 2015. Ketiga-tiga siri R7 ini boleh dibeli di jelajah ini, termasuk R7 Lite yang akan dijual buat pertama kali di Malaysia.

OPPO R7 Lite depan belakang

Telefon pintar R7 telah mula dijual lebih awal di Malaysia, berharga RM1598. Ia diikuti oleh R7 Plus yang membuka tempahan awal dengan tawaran menarik, dijual pada harga RM1998. Melihatkan permintaan yang tinggi di Malaysia, OPPO Malaysia kini mula menjual R7 Lite bagi yang gemarkan rupa bentuk R7, pada harga yang lebih rendah. R7 Lite di Malaysia dijual pada harga RM1298. Semua harga ini termasuk GST.

R7 Lite dikuasakan CPU yang sama dengan R7 dan R7 Plus, iaitu Qualcomm Snapdragon 615 64 bit 8-teras. Tetapi ia dilengkapi RAM lebih kecil pada 2GB dengan storan dalaman sebesar 16GB. Ia mempunyai slot kad memori mikroSD, yang berkongsi tempat dengan slot kad sim kedua. R7 Lite mempunyai dua slot kad sim yang menyokong rangkaian 4G LTE. Skrin R7 Lite sebesar 5.0-inci, dengan paparan AMOLED beresolusi HD 1280×720.

R7 Lite kad sim dan mikroSD

Kamera belakang R7 Lite menggunakan sensor 13MP, manakala kamera depannya 8MP. R7 Lite mempunyai bateri berkapasiti 2,320mAh yang tidak boleh dicabut, dan ia tidak datang dengan pengecas pantas VOOC. Ia menjalankan sistem operasi Android 5.1 Lollipop, dengan antaramuka ColorOS 2.1 yang pantas dan responsif.

Setiap pembelian telefon pintar OPPO di pameran di Mid Valley ini akan menerima hadiah misteri. Pameran ini terletak di Pintu Masuk Timur (East Entrance) pusat beli-belah Mid Valley Megamall.

Apa komen anda?