OPPO bersama rai kemenangan FC Barcelona di Camp Nou

Share Button

OPPO telah menjalin kerjasama dengan pasukan bolasepak terkemuka dunia, FC Barcelona. Pada perlawanan kedua La Liga, iklan OPPO telah mula kelihatan di dalam Stadium Camp Nou, stadium yang menjadi rumah utama FC Barcelona.

Dalam perlawanan menentang Malaga CF, FC barcelona telah menang dengan 1 gol berbalas kosong. Gol FC Barcelona dijaringkan oleh Thomas Vermaelen, hasil bola muntah yang ditampan penjaga gol Malaga CF, Carlos Kameni.

FC Barcelona Messi bersama iklan OPPO

Bagi merancakkan lagi kerjasama ini, OPPO dan FC Barcelona akan bersama mengadakan sidang akhbar antarabangsa, yang akan diadakan di Beijing, China pada hari Selasa, 8 September 2015 iaitu minggu depan. Mungkinkah OPPO akan mengumumkan telefon pintar khas edisi Barcelona, pada sidang akhbar ini?

OPPO menjadi rakan rasmi FC Barcelona bagi kategori telefon pintar, dari tahun 2015 sehingga 2018. Ini adalah sebahagian dari usaha OPPO untuk meningkatkan kesedaran orang ramai di seluruh dunia, tentang jenama OPPO.

Di Malaysia sendiri, jenama OPPO boleh kelihatan di merata tempat termasuk pusat membeli-belah, papantanda jalanraya, rancangan televisyen dan juga di dalam pawagam. OPPO juga baru mengumumkan penampilan mereka dalam rancangan America’s Next Top Model tahun ini.

OPPO bersama America Next Top Model

Apa komen anda?