OnePlus 2 boleh mula ditempah minggu depan dari Maxis

Share Button

Akhirnya tarikh ketibaan pembunuh telefon pintar utama 2016 diumumkan. Maxis sekali lagi terpilih mnejadi pengedar eksklusif telefon pintar OnePlus 2, sama seperti OnePlus One yang tiba di Malaysia awal tahun ini. Maxis akan menjual OnePlus 2 Sandstone Black dengan storan 64GB, pada harga RM1,687 tanpa GST. (RM1788 dengan GST).

Mulai jam 10 pagi, 22 September 2015, rakyat Malaysia boleh membeli telefon pintar OnePlus 2 melalui Maxis Online Store. Tetapi ia hanya untuk mereka yang telah menerima kod jemputan khas dari Maxis sahaja. Jika anda tidak memiliki kod jemputan, boleh cuba mendapatkannya dengan mendaftar di laman jemputan Maxis Oneplus 2.

OnePlus 2 tidak selesai

Penghantaran pertama pembelian OnePlus 2 di Maxis Online Store akan dibuat pada 28 September 2015. Serentak dengan ini, OnePlus 2 juga akan mula dijual di kedai-kedai Maxis di seluruh negara.

Selain pembelian peranti sahaja, Maxis turut menawarkan OnePlus 2 melalui Maxis Zerolution, pada harga RM104 sebulan. Ia ditawarkan bersama Maxis OnePlan yang memberikan panggilan dan SMS tanpa had kepada pengguna. Maxis OnePlan boleh didaftarkan dari serendah RM98 sebulan, dengan kuota data 1GB.

Jadual OnePlus 2 Maxis Zerolution

OnePlus 2 adalah telefon pintar yang dilengkapi CPU 64-bit Snapdragon 810 8-teras berkelajuan 1.8GHz, 4GB LPDDR4 RAM, 64GB storan dalaman, 5.5-inci skrin IPS HD Penuh, 13MP kamera belakang dengan auto-fokus lazer, 5MP kamera depan dan bateri 3,300mAh.

OnePlus 2 juga dilengkapi pengimbas capjari di butang Home, dan menggunakan USB jenis-C terbaru. Ia juga memiliki rupa luaran premium dengan kerangka besi, serta butang khas notifikasi di sisi. OnePlus 2 mempunyai dwi-slot kad sim yag menyokong rangkaian 4G LTE, tetapi tanpa slot kad mikrosD. Ia menjalankan sistem operasi Oxygen OS, yang berasaskan Android 5.0 Lollipop.

Menarik tengok spesifikasi ni? Maka jangan lupa dapatkan kod jemputan OnePlus 2 untuk menjadi yang terawal memilikinya di Malaysia.

OnePlus 2 atas kotak OnePlus 2 belakang atas kotak Kabel USB C di OnePlus 2

Trackbacks

  1. […] mula menjual OnePlus 2 pada 22 September lepas, hanya dengan kontrak dan pelan MaxisONE. Tidak sampai 2 minggu kemudian, Maxis mula menjual […]

Apa komen anda?