Nak beli ASUS Zenpad? Ini caranya

Share Button

asus2

Untuk peminat gajet ASUS yang dah lama menabung, model idaman anda, ZenPad 7.0 dan ZenPad C 7.0 kini boleh dibeli di kedai atas talian jenama ini. Pautan http://store.asus.com/my/category/B6290 ada butiran lanjut.

Kalau tak pernah dengar tentang kedua-dua model ini, teruskan membaca.

ZenPad 7.0 (Z370CG) dikategorikan sebagai tablet Android premium yang dihasilkan dengan kamera 5MP, VisualMaster untuk paparan selesa dan ciri audio yang versatil. Pendek kata, kalau suka kandungan multimedia, inilah tablet sesuai untuk menikmatinya, tambahan pula setoran boleh ditingkatkan dengan kad mikroSD 128GB. Harganya, RM749. Maklumat lanjut ada di https://www.asus.com/my/Tablets/ASUS_ZenPad_70_Z370CG/ .

ZenPad C 7.0 (Z170CG) pula lebih ringan tapi jika dibandingkan dengan ZenPad 7.0, kamera model ini cuma 2MP manakala slot setoran cuma boleh menyokong kad mikroSD sehingga 64GB sahaja. Harganya juga lebih mampu-milik, RM529. Maklumat tentang produk ini pula ada di http://www.asus.com/my/Tablets/ASUS_ZenPad_C_70_Z170CG/ .

Artikel mengenai kedua-duanya dalam TheSkop terdahulu [ASUS Zenpad]

Apa komen anda?