MSI terawal guna Intel Core i7 Skylake dalam laptop gaming

Share Button

MSI ingin terus mengungguli pasaran laptop gaming, dengan melengkapkan laptop keluaran mereka menggunakan CPU terbaru Intel, Core i7 Skylake generasi ke-6. Skylake adalah kod untuk CPU terbaru Intel generasi ke-6, dengan arkitektur 14nm. Laptop MSI GT72 Dominator Pro G dan MSI GS70 Stealth Series yang baru, akan dilengkapi dengan CPU Intel Core i7 Skylake generasi ke-6.

Skylake menggunakan tenaga yang lebih rendah tetapi dapat menghasilkan prestasi yang lebih tinggi.CPU Core i7 6700HQ yang baru, 10% lebih pantas berbanding Core i7 4720HQ dalam penggunaan biasa. Manakala prestasi Core i7 6820HK meningkat 30% selepas overclock, berbanding situasi yang sama pada Core i7 4720HQ. Malah, laptop MSI GT72 menyokong overclock Core i7 6820HK sehingga 4.0GHz.

Intel Core i7 Skylake inside

MSI turut memperkenalkan teknologi baru eksklusif dalam laptop baru mereka. MSI bekerjasama dengan ESS, dan memepergunakan ESS SABRE HiFi Audio DAC untuk penghasilan suara yang lebih hidup. SABRE HiFi dengan ESS DAC mampu mengeluarkan audio 24bit/192kbps, menyokong audio Hi-Res dan menghasilkan bunyi hebat walaupun dengan format audio termampat.

Steelseries silver lining print

Selain itu, rekaan papankekunci Steelseries dengan cetakan ‘Silver Lining’ menjadikannya kelihatan lebih premium. Teknologi MSI Super RAID 4 yang menjalankan dua PCI-E generasi ke-3 M.2 SSD di bawah RAID 0, membolehkan kelajuan membaca storan sehingga 3300Mb/s. Killer Shield, ahli terbaru dalam teknologi Killer memastikan rangkaian sentiasa lancar, semasa proses muat naik dan muat turun.

Teknologi Nahimic Audio Enhancer pula mencipta kesan bunyi pelbagai arah yang lebih hidup, dan teknologi True Color memastikan gambar kelihatan lebih teliti yang diperlukan pemain games professional. Dengan penggunaan Windows 10, pengguna laptop MSI dapat merasai kehebatan enjin DirectX12 yang lebih ekstrem di dalam permainan.

MSI GT72 Dominator Pro DEPAN

Laptop MSI GT72 Dominator Pro G menggunakan penutup besi yang diberus, dengan rekaan yang diinspirasikan dari warna hitam metalik kereta lumba. Ia lengkap dengan teknologi NVIDIA G-SYNC untuk paparan tanpa lengah. Pembeli boleh memilih antara CPU Intel Core i7 6820HK atau 6700HQ untuk laptop ini.

MSI GS70 Stealth DEPAN

Manakala laptop MSI GS70 Stealth Series datang dengan rekaan tipis serta berbadan besi metalik. Ia akan dilengkapi kuasa pemprosesan Intel Core i7 6700HQ di dalamnya.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk MSI GT72 Dominator Pro G dan juga MSI GS70 Stealth Series. Lawati juga blog MSI Malaysia untuk mendapatkan spesifikasi dan harga terkini laptop MSI di Malaysia.

 

Apa komen anda?