MSI pamer perkakas terhebat di Pameran Tokyo Game Show 2015

Share Button

Pameran perdagangan dan konvensyen untuk permainan video, Tokyo Game Show 2015 (TGS 2015) akan berjalan dari 17 September sehingga 20 September 2015, bertempat di Pusat Konvensyen Makuhari Messe di Chiba, Jepun. Dianggarkan lebih 220,000 pengunjung dari seluruh dunia akan menyertai pameran ini.

MSI bekerjasama dengan Steelseries dan EIZO, di pameran Tokyo Game Show ini. MSI bersama rakan akan mempamerkan barisan perkakas permainan yang memukau, di samping memberikan pengalaman bermain permainan video serta perlawanan yang menarik, buat pengunjung pameran. Booth MSI boleh dilawati di dewan 8-8-C05.

TGS 2015 banner

MSI sentiasa aktif menyertai pelbagai acara permainan di seluruh dunia. Pelbagai produk terkini MSI, akan dipamerkan bersama rakan dari Steelseries dan EIZO. Ia bakal memberi kegembiraan kepada peminat permainan video. MSI juga bakal mengumumkan produk baru pada pameran ini, yang pasti membuatkan peminat permainan video teruja.

MSI menyediakan ruang terbuka kepada pengunjung, untuk mencuba sendiri perkakas terkini dari MSI GAMING, ketika pameran TGS 2015 berjalan. Permainan seperti Counter-Strike: Global Offensive (CS:GO) dan Alliance of Valiant Arms (AVA) tersedia untuk diuji menggunakan perkakas hebat dari MSI GAMING. Semua permainan di booth MSI ini boleh ditonton melalui saluran rasmi Twitch MSI.

Untuk memeriahkan lagi pameran, akan terdapat pertandingan jemputan CS:GO Shootout pada 19 September, dan AVA Shootout pada 20 September. Kedua-dua pertandingan ini akan menampilkan nama besar e-sukan di Jepun, iaitu pasukan DeToNator.

Japan DOTA Cup 2015 Final Banner

Lebih menarik lagi, pusingan akhir pertandingan Japan DOTA Cup akan diadakan di booth MSI pada 20 September 2015. Pelbagai pasukan profesional eSukan, akan bersaing menggunakan perkakas MSI GAMING yang terhebat, untuk merebut piala kemenangan.

MSI juga bergandingan dengan G2A Land untuk membawakan Zon Pengalaman Permainan Realiti Maya (VR). Menggunakan papaninduk dan kad grafik berprestasi tinggi dari MSI GAMING, ia memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai pengalaman VR melalui program ROLLERCOASTER. Pengunjung juga berpeluang memenangi hadiah menarik di sini.

MSI and G2A VR Game

Selain dari pelbagai persembahan dan permainan yang disediakan, MSI pastinya akan mempamerkan perkakas dan peralatan terhebat mereka. Laptop dari MSI GAMING dengan CPU terbaru Intel Core i7 generasi ke-6, seperti MSI GT72 Dominator Pro G, GS60 dan GS70 akan tersedia untuk dipandu uji. Malah, laptop MSI GT80 dengan papan kekunci mekanikal pertama di dunia turut dipamerkan.

Selain laptop, MSI GAMING turut membariskan kad grafik berkuasa tinggi keluaran mereka, seperti MSI GeForce GTX 980Ti Lightning dengan sistem penyejukan ekstrem, dan juga MSI R9 390X GAMING 8G yang terbaru menggunakan cip dari AMD.

Tidak dilupakan, papaninduk yang hebat sahaja boleh memacu kehebatan kad grafik ini ke tahap maksima. Pengunjung boleh melihat sendiri bagaimana papaninduk MSI X99A GODLIKE GAMING beraksi dengan lampu LED RGB. Atau melihat lebih dekat kehebatan papaninduk MSI Z170A Gaming M9 ACK dengan pelbagai fungsi rangkaian dari Killer, memastikan sambungan sentiasa pantas dan lancar.

MSI_NB_GT72_Dominator_SkylakeLaptop MSI GT72 Dominator Pro G

MSI_NB_GS60_Ghost_SkylakeLaptop MSI GS60

MSI_NB_GT80Laptop MSI GT80

MSI GC GTX 980Ti LIGHTNINGKad Grafik MSI GeForce GTX 980Ti Lightning

MSI GC R9 390X GAMING 8GKad Grafik MSI R9 390X GAMING 8G MSI MB X99A GODLIKE GAMINGPapan Induk MSI X99A GODLIKE GAMING

MSI MB Z170A_GAMING_M9_ACKPapan Induk MSI Z170A Gaming M9 ACK

Apa komen anda?