Microsoft Office 2016 buka ruang laksanakan tugasan bersama

Share Button

Tugasan pejabat kelihatan dapat dilakukan dengan lebih mudah, apabila Microsoft melancarkan versi terbaru suit produktiviti pejabat mereka, Microsoft Office 2016. Ini adalah tambahan terbaru untuk servis langganan berasaskan awan, Office 365.

Dunia kian beralih kepada kemudahan mudah alih, serta servis berasaskan awan. Microsoft Office 2016 direka untuk gerak kerja moden, dengan kerjasama berpasukan.

Microsoft Office 2016 datang dengan versi terbaru aplikasi desktop untuk Windows, seperti Word, PowerPoint, Excel, Outlook, OneNote, Project, Visio dan Access. Jika anda pengguna Office 365, kemaskini terbaru Office 2016 boleh dimuat turun percuma, secara automatik.

Microsoft Office 2016 - excel

Office 2016 dapat bertugas dengan lebih sempurna bersama Windows 10. Dengan Sway, pengguna boleh mencipta jalan cerita yang menarik di pelbagai skrin dan boleh dikongsi bersama. Windows Hello pula boleh memberi akses kepada Office 365 dan Windows 10 dengan satu langkah mudah.

Aplikasi mudahalih Office di peranti, boleh berfungsi sama seperti Desktop melalui Continuum. Cortana pula membantu menggabungkan tugasan di Office 365, serta ke Outlook yang akan datang pada bulan November.

Microsoft Office 2016 - peranti mudahalih

Office 2016 adalah alatan tugasan bersama, dengan fungsi seperti Co-authoring, yang membenarkan pengeditan masa nyata beramai-ramai. Integrasi Skype di dalam Office 2016 pula, membolehkan permesejan serta berkongsi skrin atau chat video terus dari dokumen yang sedang ditaip.

Office 365 Planner yang serba baru, membantu pasukan bersama menguruskan kerja menerusi rekaan pelan serta pengagihan tugasan. OneDrive for Business pula, memberi ruang untuk memilih dokumen untuk diselaraskan ke awan. Saiz fail dan had pengguna juga boleh ditetapkan.

Office 2016 - edit masa nyata bersama

Keselamatan dan perlindungan data adalah perkara yang sangat penting masakini. Office 2016 yang datang dengan fungsi baru Data Loss Prevention di Word, PowerPoint, Excel dan Outlook, mengurangkan risiko kebocoran data dan memberi lebih ruang kepada pentadbir IT menetapkan polisi.

Pengesahan pelbagai faktor juga memastikan hanya pengguna yang sebenar, diberi akses kepada dokumen, walaupun berada di luar rangkaian pejabat.

Microsoft Office 2016 boleh dimuat turun kini oleh pengguna Office 365. Ia terdapat di dalam 40 bahasa dan memerlukan sekurang-kurangnya Windows 7. Muat turun automatik akan bermula bulan depan. Office 2016 juga akan dijual untuk sekali belian bagi pengguna PC dan Mac.

Pengguna di Malaysia dijemput untuk mencuba Office 2016 di lebih 330 kedai yang terlibat di seluruh Malaysia. Ia akan mula dijual sekitar Oktober 2015, dengan kedai terpilih menyediakan bengkel 2016 selama sejam, secara percuma. Terdapat juga hadiah menarik disediakan untuk pengguna yang datang ke Answer Desk di kedai terlibat.

Harga Office 2016

Office 2016 boleh didapati menerusi Office 365, yang dijual dalam bentuk Office 365 Home untuk 1-5 pengguna, berharga RM299.99 setahun. Atau dalam bentuk office 365 Personal untuk 1 pengguna berharga RM219.99 setahun. Jika mahukan dalam bentuk sekali belian seumur hidup, Office Home & Student 2016 untuk 1 pengguna dijual pada harga RM449.99.

Untuk maklumat lanjut tentang Office 016 yang baru ini, layari lamanweb www.office365.com.

 

Apa komen anda?