Mi Malaysia tawar aksesori baru Mi Piston 3

Share Button

Pasti ramai menantikan ketibaan telefon pintar baru dari Xiaomi. Tapi jangan lupa, Xiaomi turut menghasilkan aksesori yang menarik dan paling penting, lebih murah dari biasa.

Hari ini, Mi Malaysia akan mula menjual satu lagi aksesori baru untuk pasaran Malaysia, iaitu Mi In-ear Headphones atau dikenali sebagai Mi Piston 3.

FB_IMG_1443495755153~01

Rakyat Malaysia boleh mendapatkan headphones terbaru dari Xiaomi, iaitu Mi Piston 3 yang menggantikan Mi Piston 2. Ia akan mula dijual hari ini, 29 September 2015 pada jam 12 tengahari, pada harga RM69 termasuk GST. Harga ini dilihat meningkat RM20 dari Mi Piston 2, berkemungkinan kerana kadar tukaran matawang.

‎Mi Malaysia telah pun menjual beberapa jenis headphones untuk Malaysia seperti Mi In-ear Headphones Basic (RM16), Mi In-ear Headphones Piston 2 (RM49) dan Mi In-ear Headphones Crystal (RM99). Mi Headphones dengan kualiti Hi-fi turut dijual di Malaysia pada harga RM319.

Mi Piston 3 mula jual 29 September

Mi piston 3 mengekalkan pakej bungkusan yang sama, dengan kotak plastik bersama bekas gulungan getah. Ia turut datang dengan 3 saiz cuping getah yang boleh diubah.

Rekaan perumah headfon juga sedikit berbeza. Ia kurang menggunakan besi, tetapi diubah kepada plastik, dengan sudut yang sedikit senget. Rekaan baru ini menjamin lebih keselesaan buat pengguna, yang sebelum ini melaporkan kurang selesa dengan besi di telinga.

Mi Piston 3 controller

Kedudukan butang kawalan yang terbina mikrofon padanya, turut diubah. Sebelum ini Ia terletak di tengah-tengah kabel, kali ini ia diletakkan pada kabel untuk headfon sebelah kanan. Kabel Mi piston 3 diperteguh dengan penggunaan gentian kevlar di luarnya.

Jika anda sukakan Mi Piston 2, pasti anda akan turut menyukai Mi Piston 3 yang baru ini. Jangan lupa untuk mendapatkannya terus dari lamanweb Mi Malaysia di www.mi.com/my.

 

Trackbacks

  1. […] ini, Mi Malaysia baru sahaja mula menjual fon kepala dalam telinga, Piston V3 pada harga hanya RM69. Jika anda mahukan fon atas kepala yang lebih premium, Xiaomi turut menjual […]

  2. […] post Mi Malaysia tawar aksesori baru Mi Piston 3 appeared first on […]

Apa komen anda?