Mi 4i berevolusi menjadi Mi 4c dilancarkan di China

Share Button

Pengeluar telefon pintar dari China, Xiaomi hari ini melancarkan telefon pintar baru yang diubahsuai, Mi 4c untuk pasaran China. Menggunakan rekaan yang sama seperti Mi 4i yang dilancarkan di India, Mi 4c kali ini menggunakan kuasa dalaman yang berbeza.

Mi 4c diumumkan harga bermula dari RMB1,299 (~RM876), dan dikuasakan CPU Qualcomm Snapdragon 808 yang lebih berkuasa, bersama pilihan 2GB atau 3GB RAM. Ia mengekalkan saiz skrin 5-inci, dengan resolusi HD Penuh serta teknologi ‘Sunlight Display’.

Lima warna Mi 4c di sisi

Kamera Mi 4c dilengkapi sensor Sony atau Samsung dengan 13MP di belakang, serta autofokus pengesanan fasa (PDAF) yang pantas dan dwi-tona LED Flash. Kamera depan pula 5MP dengan sudut lebar.

Mi 4c mempunyai kapasiti bateri 3080mAh, dengan sokongan pengecasan pantas QuickCharge 2.0. Tetapi kali ini ia dilengkapi USB jenis-C baru, yang boleh dicucuk dari mana-mana arah. Mi 4c turut datang dengan pemancar infra-merah, untuk kawalan pelbagai alatan elektrik, termasuk kamera DSLR untuk mengambil gambar dari jarak jauh.

Mi 4c Edge Tap

Satu lagi fungsi baru di Mi 4c ialah ‘Edge Tap’ atau ketukan sisi. Kedua-dua belah sisi Mi 4c kini boleh melaksanakan beberapa arahan melalui ketukan. Dua ketukan di sisi akan membawa anda kembali ke skrin sebelumnya, dan satu ketukan di sisi boleh digunakan untuk mengambil gambar di dalam aplikasi kamera. Selain ini, dua ketukan di atas skrin pula boleh menghidupkan skrin.

Sebagai peranti yang disasarkan untuk remaja, Mi 4c akan datang dengan lima warna iaitu putih, kuning, biru, merah jambu, dan kelabu. Ia akan mula dijual di China pada 23 September 2015, dalam dua versi. Versi 2GB RAM dan 16GB storan berharga RMB1,299 (~RM876), manakala versi 3GB RAM & 32GB storan pula berharga RMB1,499 (~RM1,011).

Mi 4c harga dan specMi 4c biru depanMi 4c putih belakangMi 4c menggunakan USB jenis-CMi 4c adaptor USB jenis-C ke USB 2 dijual berasingan

Apa komen anda?