Magic Sim bagi Internet Burung Hantu Percuma

Share Button

Pek prabayar Magic Sim dari Celcom memang menarik. Setiap bulan, ia akan menawarkan satu tawaran unik, khas untuk pelanggannya. Hari ini, Celcom mengumumkan tawaran terbaru untuk pelanggan Magic Sim, yang dipanggil Internet Burung Hantu percuma.

Free Internet Burung Hantu Hi Speed Basic Magic Sim

Pelanggan Magic Sim kini boleh menggunakan internet secara percuma tanpa had kuota, dari jam 1am sehingga 7 am, waktu bila mana burung hantu berjaga. Untuk mengaktifkan tawaran ini, pengguna perlu mendaftar mana-mana pelan data mingguan atau bulanan Magic Sim, dari serendah RM10.

Pelan Data Celcom Magic Sim

Magic Sim menawarkan kadar antara terendah untuk pek prabayar. Pengguna boleh menggunakan internet asas percuma sebanyak 500MB setiap bulan, di samping internet pantas percuma apabila mengaktifkan pek permulaan parbayar. Malah, pengguna turut menerima panggilan dan SMS percuma apabila melanggan pelan data. Magic Sim juga membenarkan data yang tidak digunakan, dibawa ke depan.

Pek permulaan prabayar Magic Sim berharga RM5 datang siap dengan RM3 kredit dan 200MB internet pantas 4G LTE. Kadar panggilannya serendah 2.5sen/minit dalam talian yang sama, dan 10sen/minit ke talian lain. Untuk lebih maklumat, layari lamanweb Celcom Magic Sim.

Keajaiban baru Magic Sim setiap bulan

Apa komen anda?