Leagoo mula jualan Elite 5 dan Elite 4 di Malaysia

Share Button

Leagoo Malaysia awal bulan ini telah melancarkan dua model baru telefon pintar mereka, Leagoo Elite 5 dan juga Leagoo Elite 4. Kedua-dua telefon pintar ini menyokong rangkaian 4G LTE dengan harga mampu milik, serta pelbagai pilihan warna.

BANNER Leagoo Elite 5

Leagoo Elite 5 yang tiba lebih awal di Malaysia, menampilkan bateri sebesar 4,000mAh di dalam badan aloi aluminium titanium yang teguh. Bateri sebesar ini turut mempunyai fungsi powerbank, untuk mengecas peranti lain. Elite 5 juga datang dengan teknologi pengecasan pantas Flash Charge, dengan 45% penuh dalam masa 30 minit.

Leagoo Elite 5 mempunyai skrin IPS HD 5.5-inci dengan kepadatan piksel 267ppi. Kameranya menggunakan sensor SONY 13MP autofokus di belakang, dengan apertur F2.2 dan LED Flash. Kamera depan pula menggunakan sensor Sony 8MP. Elite 5 mempuyai rekabentuk melengkung di belakang, dengan material diperbuat dari plastik polikarbonat.

Kuasa Elite 5 datang dari CPU 64-bit 4-teras berkelajuan 1.0GHz. Ia dipadankan dengan 2GB RAM serta 16GB storan yang boleh ditambah dengan kad mikroSD. Satu fungsi menarik di Elite 5 ialah pemancar infra-merah. Ia boleh digunakan untuk mengawal pelbagai peralatan elektrik seperti televisyen dan penghawa dingin. Elite 5 menjalankan sistem operasi Android 5.1 Lollipop dengan antaramuka Leagoo OS v1.1.

BANNER Leagoo Elite 4

Telefon pintar kedua ialah Leagoo Elite 4. Ia mempunyai skrin IPS 5.0-inci dengan resolusi qHD (960×540). Badannya diperbuat dari besi dengan kemasan tepi yang melengkung. Elite 4 mempunyai bateri berkapasiti 2400mAh yang boleh diubah.

Elite 4 mempunyai kamera belakang 8MP autofokus menggunakan sensor Sony, serta kamera depan 5MP. Di dalamnya Elite 4 dilengkapi CPU 64-bit 4-teras berkelajuan 1.0GHz bersama 1GB RAM. Storan dalamannya 16GB dan boleh diluaskan lagi dengna kad mikroSD. Elite 4 menggunakan antaramuka Leagoo OS v1.1 yang dijalankan di atas Android 5.1 Lollipop.

Elite 5 boleh dibeli di Malaysia bermula 4 September 2015, pada harga RM699 termasuk GST. Sebanyak tiga warna boleh dipilih iaitu Putih, Hitam, dan Kuning. Manakala Elite 4 telah mula dijual sejak 11 September 2015 pada harga RM499 termasuk GST, dengan 4 pilihan warna: Putih, Hitam, Emas dan Merah Jambu.

Leagoo Malaysia akan melancarkan satu lagi telefon pintar berprestasi tinggi, dikenali sebagai Leagoo Elite 1 pada hujung bulan September ini. Maklumat lanjut boleh didapati di lamanweb Leagoo Malaysia, atau pergi ke Facebook Leagoo Malaysia.

Elite 5 ada 3 warna Elite 4 ada 4 warna Leagoo Elite 5 spec dan harga Leagoo Elite 4 spec dan harga

 

Comments

  1. Saiful Azri

    Elite 5 terbaik sebab boleh guna sebagai remote control. Based on my experience, tiba2 remote ASTRO rosak then ELITE 5 jadi penyelamat. hehe. Then lagi satu, main game storage besar macam alphalt 8 ke FIFA ke smooth je. Elite 5 terbaik. Hehe

Apa komen anda?