Kuala Lumpur destinasi tumpuan pelancong Muslim selepas Dubai

Share Button

Kuala Lumpur dinobatkan sebagai bandar kedua paling ramai dikunjungi oleh pelancong muslim, selepas Dubai. Pulau Pinang turut sama tersenarai di dalam senarai teratas 10 bandar negara OIC, menurut laporan Indeks Membeli-belah Pelancongan Muslim MasterCard-CrescentRating (MTSI 2015).

Secara keseluruhan, Kuala Lumpur menduduki tempat kedua dalam senarai 40 buah bandar dalam MTSI 2015. Dubai mendahului tempat pertama sementara Singapura, London dan Istanbul turut termasuk di kedudukan lima teratas.

Laporan Mastercard Crescent MTSI 2015

Kajian menunjukkan bahawa perbelanjaan membeli-belah oleh pelancong Muslim pada 2014 berjumlah USD36 bilion, sementara perbelanjaan makan minum mencecahi USD26 bilion, menjadikan jumlah kedua-duanya USD62 bilion.

MTSI 2015 menilai secara mendalam dan terperinci, data yang meliputi corak membeli-belah pelancong Muslim, dari 40 buah bandar antarabangsa. Ini juga kali pertama penelitian mendalam dilakukan ke atas tingkah laku perbelanjaan dalam kalangan pelancong Muslim yang seumpamanya.

Pembentangan Laporan MTSI 2015

Menurut CEO CrescentRating & HalalTrip, Fazal Bahardeen berkata, kajian ini memberi tumpuan kepada dua komponen perbelanjaan terpenting pelancong Muslim, iaitu membeli-belah dan makan minum. Indeks ini juga menunjukkan bagaimana Kuala Lumpur memperolehi manfaat dengan infrastruktur yang bersesuaian.

Kajian MTSI 2015 dilakukan mengikut set metrik yang komprehensif, meliputi kemandirian selaku destinasi membeli-belah, perkhidmatan mesra Muslim serta kemudahan perjalanan. Setiap kriteria kemudian dinilai dan dijumlahkan untuk mendapatkan indeks keseluruhan.

Senarai Rating Mastercard GMTI 2015

Kuala Lumpur memperolehi 73.3 mata dalam indeks berkenaan sekali gus meletakkannya di tempat kedua dalam senarai penuh. Dubai mengungguli kedudukan keseluruhan Pelancongan Membeli-Belah Muslim dengan jumlah 79.5 mata, sementara Singapura memperolehi 71.6 mata. Laporan penuh MTSI 2015 boleh didapati di lamanweb CrescentRating MTSI.

Pada awal tahun ini, Malaysia dinamakan sebagai destinasi pertama pasaran pelancongan Muslim, menurut laporan GMTI 2015 – sebuah kaji selidik paling menyeluruh pernah dikeluarkan bagi sektor ini.

Laporan Mastercard GMTI 2015

Apa komen anda?