KRU & HyppTV mencari Rockers untuk rancangan realiti ROCKERS

Share Button

Kerjasama buat kali pertama antara HyppTV dan KRU Studios menampilkan Rockers, rancangan realiti TV pertama di Malaysia yang mencari bakat penyanyi Rock & Roll untuk dijadikan Superstar. Rancangan Rockers ini dihasilkan oleh KRU Studios, dan akan ditayangkan secara eksklusif di HyppTV HyppSensasi, saluran 116.

Rancangan baru ini diumumkan oleh Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif, TM New Media bersama Norman Abdul Halim, CEO KRU Studios. Ia dilancarkan dalam satu sidang media di Hot Jam Cafe, Cyberjaya.

HyppTV ROCKERS - Jeremy dan NormanJeremy (kiri) bersama Norman (kanan)

Menurut Jeremy, Rockers adalah percubaan pertama HyppTV dalam penghasilan rancangan TV realiti. Rockers akan memaparkan perjalanan hidup dan drama peserta, dalam cabaran mereka untuk bergelar pemenang sekaligus menjadi penyanyi Rock Superstar. Diari harian serta konsert mingguan peserta Rockers dapat disaksikan di HyppTV HyppSensasi, saluran 116.

Rancangan ini juga boleh ditonton melalui aplikasi mudahalih HyppTV Everywhere. Pelanggan HyppTV sedia ada boleh melanggan pek Aneka HyppTV yang memiliki saluran HyppSensasi, dengan bayaran RM30 sebulan tanpa caj tambahan untuk paparan HD.

Pemenang rancangan ini akan menerima wang tunai RM50,000, kontrak rakaman bersama KRU Music, serta peluang untuk merakam lagu di Los Angeles. Pendaftaran Rockers terbuka kepada warganegara Malaysia berusia di antara 18 ke 28 tahun, dan boleh menyanyi dalam Bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik.

 

Untuk mendaftar, hantarkan klip nyanyian anda dalam bentuk audio atau video, ataupun dalam Youtube, bersama semua butir peribadi ke ujibakat@rockers.com.my sebelum 30 September 2015. Untuk maklumat lanjut, layari www.rockers.com.my atau pergi ke laman sosial ‘RockersSensasi’ di Facebook, Twitter dan Instagram.

Episod pertama diari mingguan Rockers akan ditayangkan pada 16 November 20015, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 830 malam. Konsert pertama pula akan ditayangkan pada 22 November 2015, setiap ahad jam 830 malam. Kesemua ini boleh ditonton di HyppSensasi, saluran 116 di HyppTV ataupun melalui aplikasi mudahalih HyppTV Everywhere.

Poster Ujibakat ROCKERS HyppSensasi