Kerjasama OPPOxFCB hasilkan R7 Plus Edisi Barcelona

Share Button

Selepas beberapa bulan OPPO R7 Plus dilancarkan di China, Oppo datang lagi dengan versi bola sepak setelah bekerjasama dengan kelab bolasepak gergasi dari Sepanyol, FC Barcelona. Telefon pintar terbaru, R7 Plus dipilih untuk edisi khas ini.

Majlis menandatangani kerjasama ini disempurnakan oleh Naib Presiden OPPO Electronics, Alen Wu bersama Naib Pengerusi FC Barcelona, Mannel Arroyo dalam satu acara meriah di Beijing, China.

VC OPPO electronics and VC FC Barcelona

Oppo R7 Plus versi Barcelona akan hadir dalam warna emas dan kapasiti storan untuk pasaran Malaysia adalah 32GB berbanding 64GB di China. Hanya sebanyak 5000 unit R7 Plus Edisi Barcelona, akan dijual di seluruh dunia. Pembeli R7 Plus edisi Barcelona turut akan menerima kit peminat. Di dalamnya terdapat flip case, botol air, powerbank VOOC dan juga batang selfie.

OPPO R7 Plus edisi Barcelona Fankit 01 - flip caseOPPO R7 Plus edisi Barcelona Fankit 01 - botol air powerbank selfie stick

R7 Plus Edisi Barcelona 32GB untuk pasaran antarabangsa, akan dijual pada harga USD549 (~RM2381), manakala versi 64GB untuk pasaran China sahaja berharga RMB3999 (~RM2724). Untuk makluman, R7 Plus 32GB yang biasa dijual pada harga USD499 (~RM2164) di pasaran antarabangsa, atau RM1998 di Malaysia.

Harga R7 Plus edisi Barcelona

Lebih menarik lagi, OPPO membuat edisi khas terhad menjadi lebih terhad dengan tambahan tandatangan pemain Barcelona, seperti Messi, Iniesta dan Dani Alves. Tetapi edisi terhad bertandatangan ini akan dilelong di laman e-dagang eBay, pada 12 September 2015 akan datang. Sebanyak 5 unit bertandatangan akan dilelong kelak. Semua hasil jualan dari lelongan ini, akan didermakan kepada yayasan FC Barcelona.

R7 Plus Edisi Barcelona dengan tandatangan pemain untuk dilelong

Phablet R7 Plus lengkap dengan skrin 6-inci HD Penuh 1920×1080. Ia dikuasakan CPU Snapdragon 615 dengan 3GB RAM dan memiliki bateri 4100mAh, dengan badan setebal 7.75mm.

Sama seperti model biasa, Oppo R7 Plus edisi Barcelona juga dilengkapi pengimbas cap jari, yang diletakkan di bawah kamera belakang. Selain itu, kamera belakang Oppo R7 Plus memiliki sensor CMOS RGBW ISOCELL 13MP, dengan teknologi Flash Shot dan juga auto fokus laser. Kamera hadapan pula 8MP.

OPPO R7 Plus edisi Barcelona depanOPPO R7 Plus edisi Barcelona belakang

OPPO menyatakan, lebih banyak perkakas dan peranti OPPO akan dihasilkan dengan kerjasama FC Barcelona. Perjanjian kerjasama ini menyaksikan OPPO dilantik sebagai telefon pintar rasmi untuk FC Barcelona, selama tiga tahun. FC Barcelona berbesar hati untuk bekerjasama dengan OPPO, melihatkan kesungguhan OPPO menghasilkan produk bermutu, dan aspek pemasaran mereka di peringkat antarabangsa.

Di Malaysia, kajian dari AC Nielsen menyatakan, 60% pengguna baru OPPO menggunakan peranti Samsung sebelum ini. Manakala di China, 10% pengguna baru OPPO merupakan pengguna produk Apple. OPPO kini berada di tangga kedua penjualan telefon pintar di China, dengan pegangan pasaran 9.9% di belakang Apple.

 

Trackbacks

  1. […] yang dijalin OPPO bersama FC Barcelona, telah menghasilkan produk pertama mereka, OPPO R7 Plus Edisi FC Barcelona. Kini, telah timbul khabar angin, model kedua telefon pintar OPPO edisi khas FC Barcelona bakal […]

  2. […] bolasepak terkemuka di dunia, FC Barcelona dengan perjanjian selama 3 tahun. Bersempena itu, OPPO telah melancarkan telefon pintar OPPO R7 Plus edisi khas FC Barcelona (FCB) pada bulan September lepas. Tidak lama […]

Apa komen anda?