[JEREBU] Tip memilih pembersih udara elektronik

Share Button

Jerebu teruk melanda Malaysia yang tiada kesudahannya memang agak menjengkelkan. Oleh itu, lebih baik kita bertindak terlebih dahulu untuk mengurangkan kesannya termasuk dengan penggunaan teknologi.

Antara yang boleh dilakukan termasuk menggunakan permbersih udara atau air purifier namun tidak semuanya sama. TheSkop ingin berkongsi beberapa tip sebelum membeli Air Purifier yang bukanlah murah.

Kebanyakan yang dijual di pasaran mempunyai penapis Hepa iaitu High Efficiency Particulate Air di mana udara disedut masuk dan ditapis yang memerangkap mould, habuk partikel kecil dan paling penting PM2.5 iaitu pertikel udara mikroskopik yang ada dalam jerebu sekarang. Kemudian penapis tersebut membebaskan semula udara yang sudah bersih ke udara.

Hepa inilah yang paling penting untuk ada dalam setiap pembersih udara. Selain itu ada ciri lain dalam penapis udara seperti penapis karbon, ioniser dan pencahayaan ultraviolet. Kalau dapat kesemua ini lebih baik tetapi Hepa saja sudah mencukupi buat masa sekarang.

Periksa juga penapis di dalamnya. Setiap penapis perlu ditukar sekurang-kurangnya sekali dalam dua tahun bergantung kepada penggunaan tetapi dengan udara sekarang, anda boleh membersihkannya sekali dalam sebulan.

Ada penapis yang hanya perlu dicuci dengan air dan ada juga yang menggunakan cecair tertentu. Kedua-duanya tidak mendatangkan masalah. Ikut saja mana yang sesuai dengan anda.

Kebanyakan pembersih udara mempunyai kipas dan kadang-kadang ada yang bising. Pilih yang kurang bunyi memandangkan anda perlu meletaknya semalaman ketika tidur.

Jika mampu dapatkan dua unit pembersih udara, satu diletakkan dalam bilik tidur dan satu lagi di ruang tamu. Tetapi kalau ada satu saja, letakkan di tempat yang kerap anda berada. Jadi penapis udara tersebut itu juga perlu ringan dan mudah diangkat.

Kalau terlebih mampu, pastikan setiap bilik mempunyai pembersih udara.

Pembersih udara mempunyai indikator biasa iaitu akan menyala warna merah menunjukkan udara tidak bersih dan biru apabila ia kembali normal mengikut model udara tertentu.

Elakkan meletak pembersih udara berdekatan kipas sama ada kipas siling atau kipas biasa dikhuatiri ia tidak dapat menapis udara kotor dengan sempurna.

Mengikut pakar kesihatan, pembersih udara hanya perlu dibuka ketika anda berada di rumah saja bagi mengelak pembaziran elektrik.

electrolux-eac315-air-purifiers

Apa komen anda?