iPhone 6s boleh didaftar minat pembelian bersama U Mobile

Share Button

Perlumbaan menuju iPhone 6s semakin hangat. Selepas Celcom dan Digi, kini U Mobile pula mengumumkan pembukaan pendaftaran minat iPhone 6s di lamanweb mereka.

Menerusi Facebook U Mobile, mereka mengumumkan kedatangan iPhone 6s dengan membuka pendaftaran minat. Pendaftaran minat ini boleh dilakukan di www.u.com.my/iphone6s.

Seperti Digi, U Mobile dilihat menawarkan iPhone 6s dan 6s Plus dalam kesemua empat warna, serta tiga jenis storan dalam pendaftaran minat mereka. Empat warna tersebut adalah Gold, Silver, Space Gray dan Rose Gold. Manakala tiga jenis storan pula dari 16GB, 32GB dan juga 128GB.

U Mobile tempahan minat iPhone 6s model dan warna

Pendaftaran minat U Mobile ini juga kelihatan lebih menyakinkan, kerana pembeli perlu hadir ke cawangan U Mobile untuk mengambil tempahan mereka. U Mobile juga dilihat mungkin akan menawarkan program bayaran ansuran mudah, menerusi U MicroCredit.

Nampaknya Maxis kelihatan menjadi yang terakhir mengumumkan penjualan iPhone 6s. Mungkinkah ada kejutan lebih hebat dari Maxis kelak?

Apa komen anda?