iPad Pro boleh kejutkan Steve Jobs dari ‘tidur’

Share Button

iPad Pro

Apple melancarkan iPad Pro, iaitu tablet paling besar yang pernah dilancarkan dan ia jelas menunjukkan syarikat itu mengenyit mata kepada seteru terdekat, Microsoft yang gah dengan Surface mereka.

iPad Pro mempunyai skrin 12.9 inci Retina dan buat pertama kali juga memperkenalkan sistem 4 speaker berbanding satu pada mana-mana iPad sebelum. Jelas, ia serius dalam menawarkan hiburan lebih baik.

Tahap kenipisannya menjangkau 6.9mm, cukup nipis bagi sebuah tablet hibrid dengan cip A9X generasi ke-3 64-bit tetapi ‘Surface Killer’ ini bukan saja berdiam diri dengan hal tersebut apabila siap pula melengkapkan iPad Pro bersama kamera 8MP iSight, 802.11ac mimo dan rangkaian boleh capainya adalah LTE.

Tablet ini memang sah mempunyai kelengkapan Touch ID dan mempunyai jangka hayat bateri 10 jam. Namun apa yang membuatkan pengasasnya, Steve Jobs mungkin bangkit dari kubur (nada bergurau ya) adalah pengenalan bersama dua aksesori bagi digunapakai sekali dengan tablet ipad Pro iaitu Apple Pencil dan Apple Keyboard.

Ya betul, Pencil dan bukan stylus. Itulah sebabya Jobs boleh terjaga dari kubur apabila mendengar perkataan stylus. Pencil nampak beroperasi sangat lancar pada permukaan iPad.

iPad Pro - accesories

Dengan storan 32GB dan 128GB, iPad Pro akan dijual pada harga $799 dan $949 untuk versi wifi saja manakala versi 128GB dengan LTE adalah $1079. Mengenang kadar tukaran mata wang sekarang, menangis mendengarnya.

Apple Pencil pula dijual pada harga $99 manakala Smart Keyboard pula berharga $169.

Apa komen anda?