[IFA2015] Acer Predator mengganas di Berlin

Share Button

Mendahului pelancaran di pameran IFA 2015 di Berlin, Acer mengumumkan barisan produk barunya, dengan fokus kepada siri gaming yang diberi nama Predator. Predator adalah siri khas gaming yang dihasilkan Acer, meliputi PC Desktop, laptop, tablet, monitor, projektor dan mungkin lebih banyak lagi di masa akan datang.

Penghasilan produk Predator yang dihasilkan pasukan R&D Acer, turut dibantu oleh pasukan e-sukan TeamAcer, pasukan profesional yang ditaja Acer. TeamAcer memberi maklumbalas dalam setiap penghasilan produk Predator, agar sesuai untuk kegunaan gamers sepenuhnya. Menurut ‘Open Gaming Allince’, pasaran gaming bernilai USD26 bilion pada 2014, dan akan berkembang ke USD35 bilion pada 2018.

Laptop Acer Predator 17 depan belakang

Menyertai pasaran laptop gaming mudahalih, Acer memperkenalkan Predator 15 dan Predator 17, dengan saiz skrin berbeza. Ia menyokong sistem Predator Frostcore, yang boleh menukar modul kipas ketiga dengan pemacu optikal, agar sistem lebih dingin.

Tablet Acer Predator 8

Tablet Predator 8 pula tampil dengan 4 pembesar suara Predator Quadio, dikuasakan CPU Mediatek 10-teras, dan teknologi Predator TacSense yang menghasilkan getaran haptik, semasa bermain games.

Desktop Acer Predator G6

Bagi yang mahukan perkakas paling berkuasa, desktop Predator G6 dan G3 pasti menjadi pilihan. Ia dikuasakan CPU Intel Core-i generasi ke-6, menyokong sehingga 64GB DDR4 RAM dan hadir dengan kad grafik Nvidia Geforce GTX. Sistem penyejukan dikawal oleh Acer IceTunnel. Untuk kuasa yang lebih tinggi, fungsi ‘One-Punch Overclocking’ dapat mengatasi batas kebiasaan sistem, semudah menekan satu butang.

Monitor Acer Predator Z35

Paparan semasa bermain games yang pantas dan responsif juga penting. Kerana itu, Acer memperkenalkan monitor Predator Z35 dengan skrin lengkung 35-inci bernisbah 21:9 Ultra-lebar, dan beresolusi HD Penuh (2560×1080). Ia mempunyai kadar segar semula (refresh rate) setinggi 144Hz, yang boleh dioverclock ke 200Hz agar tiada aksi yang tertinggal.

Acer V Nitro baru di IFA2015

Manakala laptop Acer Aspire V Nitro yang sangat popular, menerima kemaskini untuk lebih kuasa. Antara pembaharuan yang datang ialah rekaan antenna yang terletak pada sudut paparan, memastikan capaian Wifi 360-darjah tanpa sudut mati. Rekaan yang elegan dan kompak tetapi berkuasa tinggi, sangat sesuai untuk dibawa ke meja perbincangan ataupun parti gaming.

Acer Predator Projector slides

Acer turut memperlihatkan prototaip Projektor Acer Predator yang dikatakan mampu memancar skrin sebesar 120-inci dari jarak 50cm dari dinding. Rekabentuknya juga elegan dan agak unik. Ia pasti menjadi benda penting untuk berkongsi paparan dengan lebih ramai, seperti paparan pertandingan DOTA 2.

 



Trackbacks

  1. […] diumumkan oleh Acer buat pertama kalinya di pameran IFA 2015 di Berlin, Jerman. Antara produk Predator yang diumumkan […]

Apa komen anda?