Huawei & Melaka ICT bersama memacu inisiatif Bandar Pintar

Share Button

Huawei Malaysia dan Melaka ICT Holdings bergandingan untuk merealisasikan inisiatif bandar pintar di Malaysia. Kerjasama ini dimeterai di antara keduanya yang disaksikan oleh Zhu Xiaodan, Gabenor dari Guang Dong, China bersama Datuk Seri Idris Haron, Ketua Menteri Melaka.

Berucap pada majlis menandatangani kerjasama ini, Datuk Wizan Abdul Ghani, Timbalan Pengerusi, Melaka ICT Holding SDN BHD berkata, Inisiatif Bandar Pintar ini adalah sebahagian dari pelan tindakan infrastruktur teknologi dan pembangunan ekonomi yang lebih besar. Dengan teknologi terkini dan kepakaran ICT dari Huawei pasti ia akan menjadi kenyataan.

dari kiri Datuk Wizan Abdul Ghani dan Fan JunDatuk Wizan Abdul Ghani (kiri) bersama Fan Jun (kanan), COO Huawei Malaysia

Huawei telah melancarkan penyelesaian Bandar Pintarnya di Malaysia, melalui jelajah ICTnya pada awal tahun ini. Semua penyedia telekomunikasi utama di Malaysia, adalah pelanggan Huawei. Huawei menjadi penjana utama dalam penyediaan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB), serta rangkaian mudahalih 4G.

Pusat Latihan Global Huawei di Cyberjaya, telah melatih 20,000 jurutera setiap tahun sejak tahun 2012. Dengan kerjasama MDeC, Huawei juga telah melatih lebih 10,000 guru dan pelajar menjelang penghujung 2014. Huawei turut menubuhkan makmal latihan di lapan institusi pengajian tinggi utama di Malaysia.

Huawei kini mempunyai 2,300 tenaga kerja di Malaysia, dengan 75% daripadanya adalah rakyat Malaysia. Dengan kerjasama bersama Melaka ICT Holdings, Huawei memenuhi objektif utamanya, iaitu sebagai pelabur, majikan dan rakaniaga, untuk terus mengembangkan teknologi ICT di Malaysia.

Apa komen anda?