Honor 7 di Malaysia tak semurah yang dijangka

Share Button

Selepas hampir sebulan dilancarkan di London, Honor 7 akhirnya menjejakkan kaki ke Malaysia. Hari ini, Honor 7 dilancarkan dengan rasmi, dengan tempahan mula dibuka hari ini jua.

Membawakan slogan ‘Your Unfair Advantage’ (kelebihan tidak adil anda?), ia dijangka memberi saingan kepada peranti utama berkuasa tinggi, pada harga lebih rendah.

Dua warna Honor 7

Tempahan Honor 7 boleh dibuat di laman Vmall.my, bermula jam 1 tengahari ini. Ia dijual pada harga RM1,399 termasuk GST, dengan dua warna pilihan iaitu Kelabu Misteri & Perak Fantasi. Jualan pertama akan bermula pada 28 September, bersempena #MYCYBERSALE 2015.

‎Honor 7 membawa beberapa fungsi baru yang tidak ada pada model Honor sebelum ini. Antaranya ialah pengimbas capjari yang pantas, di bahagian belakang.

Pelancaran Honor 7 London COVER

Selain ini, Honor turut melengkapkan fungsi suara pintar. Skrin boleh dihidupkan dengan suara sahaja, malah boleh memberi maklumbalas jika ditanya ‘where are you’ (dimana anda). Honor 7 juga mempunyai fungsi knuckle sense, merakam skrin dengan mengetuk belakang jari dua kali.

Kuasa dalaman Honor 7 diperoleh dari CPU Kirin 935 bersama 3GB RAM &16GB storan. Ia mempunyai bateri 3,100mAh dengan pengecasan pantas, tetapi pengecas ini dijual berasingan.

Honor 7 menyokong dua sim 4G LTE, dengan slot kedua sim berkongsi tempat dengan kad mikroSD. Ia menjalankan antaramuka EMUI 3.1 di atas Android 5.1 lollipop.

LED Flash kamera depan Honor 7

Kamera belakang Honor 7 berkuasa tinggi, dengan resolusi 20MP F2.0 menggunakan sensor Sony IMX 230 terbaru, bersama autofokus PDAF yang pantas dan dwi-tona LED Flash. Kamera hadapan pula 8MP F2.4 yang dipadankan dengan LED Flash bercahaya lembut.

Honor 7 kini boleh mula ditempah di laman Vmall.my pada harga RM1,399 termasuk GST. Dua warna ditawarkan iaitu kelabu Misteri & Perak Fantasi. Kad memori mikroSD 32GB percuma juga diberikan untuk 1000 pembeli Honor 7 yang pertama.

Harga Honor 7 Malaysia

 

Apa komen anda?