Harga iPhone & iPad di Malaysia naik lepas iPhone 6s diumum

Share Button

Pagi tadi, Apple baru saja mengumumkan model terbaru iPhone 6s, iPad Pro dan iPad mini 4. Sejurus lepas itu, Stor Online Apple Malaysia telah membuat sedikit perubahan harga kepada produk sedia ada. Pasti ramai menjangkakan penurunan harga dengan kemunculan produk baru ini. Tetapi ia tidak seperti yang diidamkan.

Hampir semua peranti Apple di Malaysia menerima kenaikan harga tadi, dengan pengecualian kepada iPhone 6 16GB dan iPhone 5s yang turun hanya beberapa ringgit sahaja. Untuk iPad, hanya iPad mini 2 diturunkan harga.

Masalah ini berkemungkinan besar kerana kejatuhan harga Ringgit Malaysia (RM) berbanding Dolar Amerika Syarikat (USD) yang hari ini mencecah USD1 = RM4.30. Beberapa jenama lain turut menaikkan harga, seperti ASUS untuk model Zenpad terbaru mereka.

Dalam kotak Apple iPhone 6

Di bawah ini adalah senarai penuh harga terkini dan juga selepas 1 April 2015 (GST dilaksanakan).

Harga Apple iPhone terkini di Malaysia

iPhone 6
iPhone 6 16GB – RM2,702 RM2,699
iPhone 6 64GB – RM3,126 RM3,199

iPhone 6 Plus
iPhone 6 Plus 16GB – RM3,126 RM3,199
iPhone 6 Plus 64GB – RM3,550 RM3,699

iPhone 5S
iPhone 5S 16GB – RM2,278 RM2,199
iPhone 5S 32GB – RM2,490 RM2,499

Harga Apple iPad terkini di Malaysia

iPad Air 2
WiFi only
iPad Air 2 16GB – RM1,695 RM1,999
iPad Air 2 64GB – RM2,045 RM2,399
iPad Air 2 128GB – RM2,384 RM2,799

WiFi + Cellular
iPad Air 2 16GB – RM2,151 RM2,499
iPad Air 2 64GB – RM2,490 RM,2,899
iPad Air 2 128GB – RM2,840 RM3,299

iPad Air
WiFi only
iPad Air 16GB – RM1,356 RM1,599
iPad Air 32GB – RM1,536 RM1,799

WiFi + Cellular
iPad Air 16GB – RM1,801 RM2,099
iPad Air 32GB – RM1,981 RM2,299

iPad mini 2
WiFi only
iPad mini 2 16GB – RM1,027 RM1,049
iPad mini 2 32GB – RM1,207 RM1,199

WiFi + Cellular
iPad mini 2 16GB – RM1,483 RM1,479
iPad mini 2 32GB – RM1,663 RM1,649

Kenaikan harga ini adalah kali ketiga bagi Apple Malaysia. Pertama kali pada bulan Mac, diikuti bulan April selepas pelaksanaan GST. Sebagai contoh, Apple iPhone 6 Plus 64GB semasa pertama kali dilancarkan berharga RM3,149. Tetapi kini, ia berharga RM3,699, kenaikan sebanyak RM550 atau 17%.

Selain kenaikan harga ini, perubahan lain di Apple Store Malaysia ialah ketiadaan model 128GB serta warna Emas. Jika anda mahukan iPhone Emas, terpaksalah menunggu ketibaan iPhone 6s yang baru.

Untuk iPhone 6s dan 6s Plus nanti, pasti harganya melonjak lebih dari ini. Mengikut tradisi sebelum ini, Malaysia yang tidak termasuk dalam 3 gelombang pertama penjualan produk Apple (Apple Watch masih belum tiba) mungkin menerima iPhone 6s dan 6s Plus sekitar 2 bulan lagi. Berdoalah agar RM tidak lagi menjunam dalam masa 2 bulan ini.

Apa komen anda?