Google Play Newsstand mula buka gerai di Malaysia

Share Button

Selepas memperkenalkan Google Play Movies, hari ini Google Malaysia melancarkan pula Google Play Newsstand. Newsstand adalah aplikasi yang mengumpulkan akhbar, lamanweb, blog, majalah bercetak dan buku, ke dalam satu antaramuka membaca yang mudah.

Akhbar tempatan seperti Berita Harian, NSTP dan The Star boleh dibaca terus dari Newsstand. Berita politik pantas dari MalaysiaKini dan The Malaysia Insider juga terdapat di sini. Perlukan panduan fesyen? Majalah Esquire Malaysia dan Elle Malaysia sedia memberi petunjuk fesyen terkini.

Pelbagai majalah dengan antaramuka yang kemas dan menarik boleh dibaca terus di tablet atau telefon pintar, melalui Google Newstand. Keluaran terkini majalah seperti FHM, Drebar, InTrend dan banyak lagi disediakan di dalam Newsstand. Banyak majalah menawarkan percubaan 30-hari secara percuma, dengan pembelian versi bercetak boleh mendapatkan akses digital percuma.

Google Play Newsstand Entertainment

Satu fungsi menarik, adalah Read Now. Google Newsstand akan mengkaji minat bacaan yang dipilih anda, kemudian membuat membawakan berita berkaitan ke muka hadapan Newsstand.

Jika anda di luar talian internet, usah risau. Google Newsstand mempunyai fungsi simpanan, untuk membolehkan pengguna membacanya di mana jua.

Google Newsstand sudah boleh dimuat turun oleh pengguna Android di Malaysia, terus dari Google Play. Atau klik pautan di sini untuk memuat turun ke dalam tablet atau telefon pintar Android.

 

Apa komen anda?