Gali ilmu pemasaran digital di Hari Digital SME 2015

Share Button

Nilai ringgit yang tidak menentu, pasti meresahkan orang ramai, terutama untuk peniaga. Dengan kelembapan ekonomi, apakah yang boleh dilakukan peniaga? Pastinya mengambil peluang dengan keadaan Ringgit Malaysia yang agak lemah. Perniagaan terbaik adalah mengeksport ke luar negara.

Berniaga eksport ke luar negara kini lebih mudah, menerusi platform digital. Dunia internet masakini membuatkan eksport tempatan dan antarabangsa, tidak banyak bezanya. Apa yang penting, menggunakan platform digital yang tepat. Peniaga perlu beroleh pendapatan dalam Dolar US, untuk menjana lebih keuntungan.

Secara rumusan, perkara yang boleh dilakukan peniaga untuk berhadapan dengan kelembapan ekonomi adalah mengurangkan kos, mencari pelanggan baru di luar negara, dan membuat strategi digital yang tepat. Seperti membina platform e-dagang dan juga mengiklan dalam talian.

Untuk membantu peniaga tempatan berniaga di platform Digital, PanPages akan mengadakan Hari Digital SME untuk berkongsi teknologi, platform dan pasaran baru. Bertempat di Sunway Convention Centre. Sunway Pyramid pada 9 September 2015, Hari Digital SME akan berlangsung dari jam 8 pagi sehingga 5 petang. Masuk adalah PERCUMA.

maklumat penuh Hari Digital SME 2015

Peserta akan dapat menambah ilmu tentang strategi digital, teknik dan peralatan untuk mengembangkan perniagaan. Pelbagai peralatan digital seperti enjin pencarian, tempat pemasaran, platform perniagaan tempatan, platform perdagangan, platform e-dagang dan sosial akan dikongsikan.

Panel pakar dari pelbagai industri akan berkongsi idea, strategi, pengalaman, trend, apa yang boleh dan tidak boleh pada Hari Digital SME ini. Antara penceramah yang akan turut serta adalah:

  • Fong Wai LeongCEO PanPages
  • Christopher Ng – Ketua Pegawai Perolehan PanPages
  • Timothy LeungKetua Pembangunan Perniagaan Global Alibaba.com
  • Matthew HellerKetua Pemasaran Saluran Google Asia Tenggara
  • Reuben KangPenghibur YouTube di JinnyBoy TV
  • Christian NillKetua Pegawai Komersial Lazada
  • Jeffrey Ng Eow OoKetua Kumpulan Perniagaan & Perbankan Transaksi SME di RHB Bank Berhad

senarai penceramah Hari Digital SME 2015

PanPages menjangkakan lebih 1,000 perniagaan akan turut serta dalam acara ini. Kelab Perniagaan PanPages juga akan mengadakan sesi ramah-mesra perniagaan sesama peserta sebelum dan selepas acara.

Untuk maklumat lanjut dan menempah tempat di Hari Digital SME, layari lamanweb Hari Digital SME atau hubungi PanPages di talian +603-56369999.

 

Apa komen anda?