Gagal muat turun iOS9? Ini punca & penyelesaiannya

Share Button

  

Sistem operasi baru, iOS9 akhirnya boleh dimuat turun pengguna Apple di serata dunia termasuk Malaysia bermula sekarang.

Namun begitu ramai mengeluh apabila keluar notifikasi “Software Update Failed” yang keluar di skrin mereka.

Untuk pengetahuan, terdapat lebih 800 juta gajet yang mempunyai iOS di dunia dan kebanyakan server atau pelayan Apple tidak mampu menampung kesemuanya yang mengemaskini pada waktu sama selepas tempoh muat turun dibuka.

Oleh itu, perkara biasa bagi notifikasi Software Update Failed keluar di skrin. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah dengan menunggu dua atau tiga hari selepas tarikh rasmi pengeluaran iOS9 bagi meredakan keadaan.

Cara mengemaskininya terdapat pada dua kaedah, satu menggunakan OTA (Over The Air, Setting > General > Software Update) manakala satu lagi kemaskini restore pada iTunes.

Ketika menggunakan iTunes, selepas sync, pemindahan dan backup, klik pada Restore dan bukannya Update. 

Apa komen anda?