Facebook akur, butang Dislike akhirnya diperkenalkan

Share Button

Facebook akhirnya akur dengan kehendak pengguna apabila CEOnya sendiri, Mark Zuckerberg mendedahkan akan memperkenalkan butang ‘dislike’ dalam masa terdekat.

Dalam laporan agensi berita CNBC, Zuckerberg dikatakan bersedia memperkenalkannya dalam masa terdekat selepas ujian dilaksanakan sepenuhnya.

“Ramai malah ratusan asyik bertanyakan saya tentang butang dislike dan saya hari ini ingin mengumumkan yang ia dalam pembikinan dan akan diperkenalkan tidak lama lagi.” Itulah kata Zuckerberg sebagaimana dipetik CNBC.

Kata Zuckerberg lagi, tidak semua memori pengguna Facebook adalah yang indah-indah saja dan tanda dislike perlu diperkenalkan jua.

“Tetapi kami perlu berhati-hati untuk menempatkannya kerana meskipun tujuannya menunjukkan pengguna tidak menyukai sesuatu, ia perlu menepati tujuan dislike itu.”

image

Apa komen anda?